perniagaan Online Mudah??
Perniagaan Online Mudah
Ramai yang ingin menjana pendapatan di internet. Kononnya mudah, senang, tak perlu keluar rumah, tak perlu berjumpa orang, boleh jana puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan, hanya perlu berkerja 2 hingga 3 jam sahaja sehari di hadapan komputer dan lain-lain lagi.
Benarkah perniagaan online ini sesuatu yang mudah dan mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang menjalankan perniagaan online ini?
Sememangnya tidak mustahil untuk menjana pendapatan dari perniagaan online ini, tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Memang betul mudah untuk melakukan perniagaan online, hanya perlu mengadap komputer saban hari dan tidak mustahil 2 3 jam sehari sudah mampu memberikan pulangan.
Namun untuk menjadikan perniagaan online itu mudah, ianya memerlukan teknik dan cara yang betul untuk melakukannya. Bukan hanya sekadar merenung screen komputer. Dan untuk mencapai kerja 2 3 jam sehari, anda memerlukan 24 jam, malah sebulan dan tidak mustahil bertahun sebelum itu untuk mencapai jumlah kerja seminima itu.
Ilmu Pemasaran | Marketing Plan
Sebelum menyertai atau menceburkan diri dalam mana-mana perniagaan, perniagaan online khasnya, perniagaan konvensional amnya, anda perlu mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu pemasaran. Ilmu pemasaran adalah sesuatu yang menjadi kemestian didalam apa juga jenis perniagaan yang dijalankan. Ilmu perniagaan boleh didefinisikan meletakkan perniagaan itu dikhalayak ramai. Tanpa ilmu pemasaran, perniagaan itu tidak akan kemana.
Wang Adalah Masa | Masa Adalah Wang
Betul untuk memulakan perniagaan, memerlukan modal. Modal seringkali berbentuk wang. Tetapi jangan anda sia-siakan wang anda jika anda belum bersedia. Wang berkait rapat dengan masa. Jika anda mengeluarkan wang anda untuk dijadikan modal perniagaan dan perniagaan itu gagal, ia sama seperti anda membazirkan masa anda. Jadi sebelum menyertai mana-mana perniagaan, persiapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan dan seterusnya barulah melangkah ke alam perniagaan. Tatkala perniagaan itu berjaya, masa yang telah anda habiskan untuk mempelajari tentang selok belok perniagaan itu akan berbayar.
Jangan Terpedaya
Nasihat saya kepada anda yang baru ingin atau teringin menjana pendapatan di internet, jangan pandang perniagaan itu pada perkataan mudah, tetapi pandanglah bagaimana untuk menjayakan perniagaan itu terlebih dahulu. Jangan terlalu taksub dengan janji-janji manis pendapatan lumayan yang bakal dikecapi kerana................. Janji-janji manis itu adalah salah satu ilmu pemasaran pada mereka yang menjalankan perniagaan tetapi perangkap pada mereka yang terlalu taksub untuk menjana pendapatan yang lumayan.
Perniagaan online mudah?
Tidak!