Bitcoin Matawang Digital

Apakah Matawang Digital Bitcoin

BitCoin merupakan matawang baru yang mula diperkenal dan mendapat tempat bermula pada tahun 2009 yang dikatakan dicipta oleh seseorang bernama Satoshi Nakamoto. matawang baru ini juga dikenali sebagai Crytocurrency.

BitCoin ini sama seperti mata wang fizikal yang digunakan pada hari ini malah lebih dari itu, dengan bitcoin seseorang dapat membeli barangan, perkhidmatan dan sebagainya.

Tetapi bezanya Bitcoin ini adalah transaksi penggunaan Bitcoin ini memerlukan jaringan internet kerana ianya adalah matawang Digital. Tanpa adanya jaringan Internet, transaksi bayaran dan penerimaan Bitcoin di antara dua pihak tidak dapat dijalankan sama sekali.

Sama juga seperti wang fizikal atau wang fiat, satu satu urusan wang memerlukan 2 pihak  yang mahu menerima dan 1 pihak lagi memberi wang. Begitu juga dengan Bitcoin, perlu ada dua pihak yang bersetuju dalam penggunaan transaksi Bitcoin ini. Bezanya Bitcoin ini dengan wang fizikal, kedua dua pihak perlu ada WALLET BITCOIN yang juga tersimpan di dalam jaringan internet yang mempunyai wallet address unik yang tersiman di dalam server. Tanpa ada Wallet Bitcoin ini, transaksi tidak dapat di lakukan walaupun kedua-dua pihak bersetuju dalam penggunaan Bitcoin sesama mereka.

apakah matang digital Bitcoin

apakah wallet bitcoin tempat simpan bitcoin


Apa yang menariknya BitCoin ini berbanding wang fizikal adalah sifatnya yang HAMPIR SAMA dengan emas iaitu harganya semakin meningkat hari demi hari malah peningkatan harga BitCoin ini lebih drastik berbanding Emas fizikal.

apakah kelebihan dan keistimewaan Bitcoin

Inilah puncanya mengapa Bitcoin kini semakin mendapat tempat di kalangan ramai orang di seluruh negara.

***************************************

Salah satu kebaikan dan keistimewaan Bitcoin ini berbanding wang fizikal adalah.

BitCoin tidak di control atau dimiliki oleh sesiapa seperti mata wang fizikal yang dimiliki dan di kuasai oleh pihak pemerintah. Harga BitCoin juga tidak terdedah kepada pergerakan ekonomi sebaliknya terhadap penawaran dan permintaan Bitcoin itu sendiri di antara 2 pihak, tiada orang ketiga seperti bank. Ini kerana transaksi penggunaan Bitcoin ini dilakukan melalui jaringan server.

Contoh mudah, anda perasan kenapa harga barangan di rasakan makin lama makin mahal?
Nilai matawang ringgit jatuh... Inisalah satu kelemahan wang fiat berbanding BitCoin.

Jika tiada yang kontrol atau memiliki Bitcoin ini, bagaimana satu satu transaksi Bicoin itu di kawal selia? Jawapannya adalah pemilik Bitcoin itu sendiri yang mengawal dan menjaga Bitcoin mereka sendiri di dalam Wallet BitCoin mereka. Jika anda memiliki Bitcoin di dalam Wallet BitCoin anda, anda berkuasa penuh terhadap Bitcoin anda tersebut dan segala transaksi keluar masuk BitCoin anda dapat dilihat di dalam Wallet BitCoin yang anda install di dalam phone, laptop atau komputer anda.

Ini bermakna, jika seseorang itu berstatus muflis sekalipun, mereka tetap boleh berbelanja bebas kerana dengan Bitcoin, hanya memerlukan Wallet BitCoin di dalam Handphone, Bitcoin, dan jaringan internet.

bagaimana menggunakan bitcoin

bagaimana menggunakan bitcoin

dimana boleh menggunakan bitcoin

Seperti yang diperkatakan di atas, Bitcoin tidak dimiliki dan dikawal oleh sesiapa, tetapi gelombang penggunaanya tersebar dengan begitu pantas. MALAYSIA TIDAK TERKECUALI!

bitcoin adalah matawang

Hingga di jadikan sebagai salah satu mata topik pelajaran tingkatan 4

bitcoin adalah matawang

Dunia sudah berubah...
Kita sekarang berada dalam satu dunia teknologi yang serba canggih yang segalanya hanya di hujung jari.... Anda tidak dapat follow, anda akan tertinggal.

***************************************************

Anda sudah nampak nilai BitCoin?
Anda sudah nampak kepentingan BitCoin?

Belum nampak? bahasa mudah....
BitCoin hampir sama dengan emas fizikal cuma BitCoin dalam bentuk Digital.

Orang beli emas hari ini dan simpan kerana harga nya yang menjurus menaik.
Waktu harga tinggi, jual semula emas untuk mendapatkan keuntungan.

Hari Ini ramai yang tahu kepentingan emas, tapi tak ramai yang miliki emas. Kenapa??
Mahal dan utuk mendapat keuntungan memerlukan tempoh waktu yang agak lama dan kurang berbaloi jika dalam kuantiti yang sedikit.
Hampir sama dengan BitCoin.
Makin lama, harga BitCoin semakin meningkat dan semestinya untuk mendapatkan BitCoin dalam kuantiti yang besar, memerlukan modal yang besar.

Applikasi Duit Betul Atau Tipu

Applikasi Duit Betul Atau Tipu?



Adakah anda pembeli Applikasi Duit atau tengah tengah Google "Cara cara mudah buat duit" terjumpa web Applikasi Duit.

Jika anda telah membeli Applikasi Duit... Dah buat duit ke atau dah berapa banyak n pantas anda buat duit dari Applikasi Duit?

Jika anda terfikir fikir baru untuk membeli Applikasi Duit dan terjumpa halaman ini, persoalan yang bermain di fikiran anda tentu
"Betul ke hanya dengan Install applikasi Duit di handphone, klik klik 2 3 klik, duit terus mengalir ke akaun bank macam air dalam tempoh 24 jam???"
(Sebenarnya saya pernah terfikir soalan tu pertama kali terjumpa dan baca content dalam web tersebut.. hehehe)

HAKIKATNYA........
Mana ada dengan klik 2 3 klik, duit terus mengalir beribu ribu ringgit masuk ke akaun bank dalam tempoh 24 jam...
Tahu tak web Applikasi Duit tu telah "dijampi serapah" oleh ayat COPTWRITING yang
SUPER DUPER POWER!
Jika anda masuk web tersebut dan anda baca isi kandungan web tu dari atas sampai ke bawah tanpa miss satu perkataan pun, anda akan terbuai seolah olah dipukau terutama jika anda sedang mengalami masalah kewangan dan sedang mencari income tambahan..
Kalau yang tak fikir panjang memang akan terus beli le walau dalam poket cuma ada RM500.
Mana tak nya, dalam tempoh 24 jam terus mengalir duit dalam akaun bank tanpa henti. huhu

Apa Sebenarnya Applikasi Duit?
Macam mana buat duit dengan Applikasi Duit ni?
Dari mana datang duit yang hanya perlu 2 3 kali klik je ni?

Applikasi Duit ni akan jadi BETUL sekiranya...
ANDA SEORANG PENIAGA ONLINE YANG INGIN MENINGKATKAN SALE
yang mana kerja kerja promosi ni dah jadi darah daging anda!

Applikasi duit ni akan jadi TIPU sekiranya...
ANDA JENIS PEMALAS NAK HARAP DUIT TURUN DARI LANGIT GOYANG KAKI TAK BUAT APA APA DALAM TEMPOH 24 JAM!

Applikasi duit ni bukan mesin tarik duit dari orang yang tak bayar cukai derrrrr... Atau TOYOL berbadan hijau yang pandai teknologi..
Applikasi duit ni adalah TOOL MARKETING yang membantu peniaga online untuk up sale menggunakan Applikasi ni.

Macam anda pejalan kaki la... nak ke satu tempat yang jauh.. Anda di beri motor. Motor itu memudahkan anda sampai ke tujuan.
Tapi kalau anda tak ada tujuan dan memang tak mau kemana mana, cuma duduk saja atas motor tu, disitu je lah motor tu berganjak pun tak.

Applikasi Duit ni umpama motor tu leeeee lebih kurang cerita...

Jadi jika nak duit dari Applikasi Duit ni, anda WAJIB BUAT PROMOSI YANG TAK DICERITAKAN DI DALAM WEB TU. Ini part yang sengaja tak di ceritakan..
Kalau cerita, berhuhuhu la sebab tak ada yang nak beli. Dah lah rakyat malaysia ni cukup pantang dengar perkataan kena buat promosi atau cari orang. kikikiki

Kalau pun anda tiada produk sendiri, Applikasi Duit ni lah produk anda iaitu dengan promosikan Applikasi Duit ni.. Jadi Affiliater.
Bila ada yang beli Applikasi Duit ni dari link anda, baru la duit masuk ke akaun bank anda, itu pun hanya komisyen saja maaaa.... Jadi nak duit banyak kena rajin promosi. hehe.

Applikasi Duit ni dah lama jumpa.. Yang baru timbul yang hampir sama dengan Applikasi Duit adalah JutawanApp.com
JutawanApp.com JAMPI SERAPAH DIA LAGI POWER.. Sebab tu kot dia lebih mahal dari Applikasi Duit... Hihi..



SIAPA YANG HARUS DI PERSALAHKAN DALAM HAL INI??

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? (Macam dialog P.Ramlee bujang lapok pula. LOL)
Si pembuat Web Applikasi Duit juga Web JutawanApp yang tak ceritakan hal yang sebenar
atau...
Si pembeli yang mudah terbuai dengan ayat ayat manis jualan dan berharap duit jatuh dari langit??

Kalau dah nama berniaga atau sales promoter.. Senjata utama ayat promosi der kalau bisnes online.
Ayat promosi kena power kalau boleh waktu orang baca tu, orang tu akan "cair" macam aiskrim di tengah terik matahari..
Kalau offline mulut kena pum pang pum pang ramah, kena ada keyakinan diri yang tinggi kena ada penampilan diri yang kemas untuk yakinkan si bakal pembeli....

Cuba ayat Ceroiii... "Nafsu" si bakal pembeli pun ke laut walaupun produk atau servis A++++++++

Cumanya content dalam web Applikasi Duit dan JutawanApp ni terlalu Over kotttt... Yang manis manis belaka di ceritanya... Yang masam masam dia simpan tepi.. Hanya cerita point buat duit semata-mata.. Untuk apa dan bagaimana applikasi berfungsi haram tak cerita.

Yang si pembeli pula... Yang rakus sangat percaya bulat-bulat yang duit boleh masuk macam air lepas 24 jam dengan 2 3 kali klik dalam tempoh 24 jam wat per... Cer fikir logik dulu dari mana datang duit tu... Kalau tak pun, search search dulu dengan pakcik Google kot terjumpa blog abam ni.. huahuahua.. Kalau anda memang tak kisah buat kerja kerja promosi ni, ok la. kot memang boleh dapat hasil dari Applikasi duit atau JutawanApp.. Yang tak pernah?? Yang tak tau pun apa maksud Affiliate... Jem terus.. menyumpah seranah orang lain.. Diri sendiri punya silap, tak nampak! Macam yang kat bawah ni...


Bukan senang der nak senang..... Abam dah lalui banyak dah benda2 ni. Cer tengok blog abam yang bersawang ni.. macam macam benda abam cuba... Disinilah abam bermula dan belajar nak buat duit goyang kaki.. hehehehehe..
Kalau memang nak buat duit hanya dari rumah goyang kaki income puluh ribu sebulan... mau kena ada cara la mau ada usaha walaupun zahiriah goyang kaki... Tukang jahit pun goyang kaki juga kat umah, tapi dia usaha.. Duduk kat tikar sejadah tadah tangan 24 jam pagi ke malam pun minta murah rezeki, dari mana datang rezeki kalau tak cari???

Kesimpulannya...
PANDAI PANDAI LA NAK HIDUP!
HIDUP TAK SEINDAH TAK SEMUDAH YANG DI HARAP!