Applikasi Duit Betul Atau Tipu

Applikasi Duit Betul Atau Tipu?



Adakah anda pembeli Applikasi Duit atau tengah tengah Google "Cara cara mudah buat duit" terjumpa web Applikasi Duit.

Jika anda telah membeli Applikasi Duit... Dah buat duit ke atau dah berapa banyak n pantas anda buat duit dari Applikasi Duit?

Jika anda terfikir fikir baru untuk membeli Applikasi Duit dan terjumpa halaman ini, persoalan yang bermain di fikiran anda tentu
"Betul ke hanya dengan Install applikasi Duit di handphone, klik klik 2 3 klik, duit terus mengalir ke akaun bank macam air dalam tempoh 24 jam???"
(Sebenarnya saya pernah terfikir soalan tu pertama kali terjumpa dan baca content dalam web tersebut.. hehehe)

HAKIKATNYA........
Mana ada dengan klik 2 3 klik, duit terus mengalir beribu ribu ringgit masuk ke akaun bank dalam tempoh 24 jam...
Tahu tak web Applikasi Duit tu telah "dijampi serapah" oleh ayat COPTWRITING yang
SUPER DUPER POWER!
Jika anda masuk web tersebut dan anda baca isi kandungan web tu dari atas sampai ke bawah tanpa miss satu perkataan pun, anda akan terbuai seolah olah dipukau terutama jika anda sedang mengalami masalah kewangan dan sedang mencari income tambahan..
Kalau yang tak fikir panjang memang akan terus beli le walau dalam poket cuma ada RM500.
Mana tak nya, dalam tempoh 24 jam terus mengalir duit dalam akaun bank tanpa henti. huhu

Apa Sebenarnya Applikasi Duit?
Macam mana buat duit dengan Applikasi Duit ni?
Dari mana datang duit yang hanya perlu 2 3 kali klik je ni?

Applikasi Duit ni akan jadi BETUL sekiranya...
ANDA SEORANG PENIAGA ONLINE YANG INGIN MENINGKATKAN SALE
yang mana kerja kerja promosi ni dah jadi darah daging anda!

Applikasi duit ni akan jadi TIPU sekiranya...
ANDA JENIS PEMALAS NAK HARAP DUIT TURUN DARI LANGIT GOYANG KAKI TAK BUAT APA APA DALAM TEMPOH 24 JAM!

Applikasi duit ni bukan mesin tarik duit dari orang yang tak bayar cukai derrrrr... Atau TOYOL berbadan hijau yang pandai teknologi..
Applikasi duit ni adalah TOOL MARKETING yang membantu peniaga online untuk up sale menggunakan Applikasi ni.

Macam anda pejalan kaki la... nak ke satu tempat yang jauh.. Anda di beri motor. Motor itu memudahkan anda sampai ke tujuan.
Tapi kalau anda tak ada tujuan dan memang tak mau kemana mana, cuma duduk saja atas motor tu, disitu je lah motor tu berganjak pun tak.

Applikasi Duit ni umpama motor tu leeeee lebih kurang cerita...

Jadi jika nak duit dari Applikasi Duit ni, anda WAJIB BUAT PROMOSI YANG TAK DICERITAKAN DI DALAM WEB TU. Ini part yang sengaja tak di ceritakan..
Kalau cerita, berhuhuhu la sebab tak ada yang nak beli. Dah lah rakyat malaysia ni cukup pantang dengar perkataan kena buat promosi atau cari orang. kikikiki

Kalau pun anda tiada produk sendiri, Applikasi Duit ni lah produk anda iaitu dengan promosikan Applikasi Duit ni.. Jadi Affiliater.
Bila ada yang beli Applikasi Duit ni dari link anda, baru la duit masuk ke akaun bank anda, itu pun hanya komisyen saja maaaa.... Jadi nak duit banyak kena rajin promosi. hehe.

Applikasi Duit ni dah lama jumpa.. Yang baru timbul yang hampir sama dengan Applikasi Duit adalah JutawanApp.com
JutawanApp.com JAMPI SERAPAH DIA LAGI POWER.. Sebab tu kot dia lebih mahal dari Applikasi Duit... Hihi..



SIAPA YANG HARUS DI PERSALAHKAN DALAM HAL INI??

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? (Macam dialog P.Ramlee bujang lapok pula. LOL)
Si pembuat Web Applikasi Duit juga Web JutawanApp yang tak ceritakan hal yang sebenar
atau...
Si pembeli yang mudah terbuai dengan ayat ayat manis jualan dan berharap duit jatuh dari langit??

Kalau dah nama berniaga atau sales promoter.. Senjata utama ayat promosi der kalau bisnes online.
Ayat promosi kena power kalau boleh waktu orang baca tu, orang tu akan "cair" macam aiskrim di tengah terik matahari..
Kalau offline mulut kena pum pang pum pang ramah, kena ada keyakinan diri yang tinggi kena ada penampilan diri yang kemas untuk yakinkan si bakal pembeli....

Cuba ayat Ceroiii... "Nafsu" si bakal pembeli pun ke laut walaupun produk atau servis A++++++++

Cumanya content dalam web Applikasi Duit dan JutawanApp ni terlalu Over kotttt... Yang manis manis belaka di ceritanya... Yang masam masam dia simpan tepi.. Hanya cerita point buat duit semata-mata.. Untuk apa dan bagaimana applikasi berfungsi haram tak cerita.

Yang si pembeli pula... Yang rakus sangat percaya bulat-bulat yang duit boleh masuk macam air lepas 24 jam dengan 2 3 kali klik dalam tempoh 24 jam wat per... Cer fikir logik dulu dari mana datang duit tu... Kalau tak pun, search search dulu dengan pakcik Google kot terjumpa blog abam ni.. huahuahua.. Kalau anda memang tak kisah buat kerja kerja promosi ni, ok la. kot memang boleh dapat hasil dari Applikasi duit atau JutawanApp.. Yang tak pernah?? Yang tak tau pun apa maksud Affiliate... Jem terus.. menyumpah seranah orang lain.. Diri sendiri punya silap, tak nampak! Macam yang kat bawah ni...


Bukan senang der nak senang..... Abam dah lalui banyak dah benda2 ni. Cer tengok blog abam yang bersawang ni.. macam macam benda abam cuba... Disinilah abam bermula dan belajar nak buat duit goyang kaki.. hehehehehe..
Kalau memang nak buat duit hanya dari rumah goyang kaki income puluh ribu sebulan... mau kena ada cara la mau ada usaha walaupun zahiriah goyang kaki... Tukang jahit pun goyang kaki juga kat umah, tapi dia usaha.. Duduk kat tikar sejadah tadah tangan 24 jam pagi ke malam pun minta murah rezeki, dari mana datang rezeki kalau tak cari???

Kesimpulannya...
PANDAI PANDAI LA NAK HIDUP!
HIDUP TAK SEINDAH TAK SEMUDAH YANG DI HARAP!