Team Project Scam?

Salam sejahtera..... 
Disini aku nak reveal satu Program Jana Duit Online yang scam
Team Project - Revolusi Kerja Sambilan Konsep Baru

Program ni aku rasa masih baru lagi. Dalam tahun 2011 juga.
Kalau dilihat dari segi pembinaan laman web dia tu, memang kalau orang yang baru kenal dunia online boleh kata laman web tu sebuah laman web rasmi. Tapi yang menghairankan kenapa program tu memerlukan seseorang yang nak join program tu bayar dahulu wang berjumlah RM40 untuk "Module Komprehensif" kononnya. Kepada yang baru nak tahu, kebanyakan program-program yang menawarkan kerja sambilan dari rumah tetapi memerlukan anda mengeluarkan wang terlebih dahulu untuk program tersebut, ianya lebih kepada Scam atau penipuan.

Modus operandi program ni lebih kurang sama macam program-program "Data Entry From Home" yang lain yang kononnya melakukan kerja-kerja menaip atau menyiapkan iklan untuk mendapat upah atau ganjaran.

Keraguan yang meyakinkan bahawa Team Project Scam
Mungkin ramai yang tak sedar bahawa domain yang digunakan bukan domain berbayar, tetapi hanya domain percuma. Domain yang digunakan adalah dari freewebs.
Pernah terkantoi dengan aku, saja la aku nak cek web tu. Waktu aku berada didalam laman web tu, aku agak terkejut kerana alamat laman web dia bertukar daripada teamproject.com kepada freewebs.com/teamproject. Mungkin waktu aku berada didalam laman web tu, owner web tu sedang mengedit laman web dia tu. Tak percaya, lihat screenshot dari wangcyber yang aku ambil


Laman web dah free, borang "Contact Us" pun guna yang free iaitu dari "ContactMe Form"
Borang Pengesahan Pendaftaran pun free juga..... Tak sure borang pengesahan tu daripada mana, tapi rasanya daripada "JotForm".

Kita lihat pula alamat syarikat. Cuba korang cari di Google map. Korang tak kan jumpa alamat tersebut. Kalau ada, bukan atas nama Ads Solution Enterprise. Cubalah cari. Lagi satu....  Ada dia tulis no lesen syarikat? Tak ada bukan. Sesebuah syarikat yang sah, mesti dan wajib ada no lesen syarikat. Ada dinyatakan no contact (No phone)?

Berbelanja sambil menjana pendapatan. Klik sini untuk maklumat lanjut

Dan yang lebih best...........
No akaun yang perlu dibank-inkan adalah no akaun persendirian atau individu atas nama Azmuni. Yer bendahari.... Tapi kalau dah nama syarikat.... tak kan tak ada satu akaun bank khas atas nama syarikat bukan?

Kenapa saya buat entry ni?
Saya tak nak lebih ramai orang tertipu. RM40 mungkin kecil, tetapi besar kepada sesetengah orang. Kalau seorang yang ditipu, ok lah.. kalau dah beratus? Harap korang bukan antara yang tertipu. Banyak lagi cara nak jana pendapatan. Yang penting. Bukan dengan cara menipu.

perniagaan Online Mudah??

perniagaan online

Perniagaan Online Mudah

Ramai yang ingin menjana pendapatan di internet. Kononnya mudah, senang, tak perlu keluar rumah, tak perlu berjumpa orang, boleh jana puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan, hanya perlu berkerja 2 hingga 3 jam sahaja sehari di hadapan komputer dan lain-lain lagi.

jana duit online

Benarkah perniagaan online ini sesuatu yang mudah dan mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang menjalankan perniagaan online ini?

Sememangnya tidak mustahil untuk menjana pendapatan dari perniagaan online ini, tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Memang betul mudah untuk melakukan perniagaan online, hanya perlu mengadap komputer saban hari dan tidak mustahil 2 3 jam sehari sudah mampu memberikan pulangan.

Namun untuk menjadikan perniagaan online itu mudah, ianya memerlukan teknik dan cara yang betul untuk melakukannya. Bukan hanya sekadar merenung screen komputer. Dan untuk mencapai kerja 2 3 jam sehari, anda memerlukan 24 jam, malah sebulan dan tidak mustahil bertahun sebelum itu untuk mencapai jumlah kerja seminima itu.



Ilmu Pemasaran | Marketing Plan

Sebelum menyertai atau menceburkan diri dalam mana-mana perniagaan, perniagaan online khasnya, perniagaan konvensional amnya, anda perlu mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu pemasaran. Ilmu pemasaran adalah sesuatu yang menjadi kemestian didalam apa juga jenis perniagaan yang dijalankan. Ilmu perniagaan boleh didefinisikan meletakkan perniagaan itu dikhalayak ramai. Tanpa ilmu pemasaran, perniagaan itu tidak akan kemana.

Wang Adalah Masa | Masa Adalah Wang

Betul untuk memulakan perniagaan, memerlukan modal. Modal seringkali berbentuk wang. Tetapi jangan anda sia-siakan wang anda jika anda belum bersedia. Wang berkait rapat dengan masa. Jika anda mengeluarkan wang anda untuk dijadikan modal perniagaan dan perniagaan itu gagal, ia sama seperti anda membazirkan masa anda. Jadi sebelum menyertai mana-mana perniagaan, persiapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan dan seterusnya barulah melangkah ke alam perniagaan. Tatkala perniagaan itu berjaya, masa yang telah anda habiskan untuk mempelajari tentang selok belok perniagaan itu akan berbayar.

Jangan Terpedaya

Nasihat saya kepada anda yang baru ingin atau teringin menjana pendapatan di internet, jangan pandang perniagaan itu pada perkataan mudah, tetapi pandanglah bagaimana untuk menjayakan perniagaan itu terlebih dahulu. Jangan terlalu taksub dengan janji-janji manis pendapatan lumayan yang bakal dikecapi kerana................. Janji-janji manis itu adalah salah satu ilmu pemasaran pada mereka yang menjalankan perniagaan tetapi perangkap pada mereka yang terlalu taksub untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Perniagaan online mudah?
Tidak!

Buat Duit Dengan Facebook

BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK

buat duit dengan facebook
AppBank merupakan satu platform yang boleh anda jadikan sebagai satu medium untuk anda menjana pendapatan dari internet atau Facebook tanpa perlu anda mengeluarkan sebarang modal.

AppBank merupakan satu komuniti yang mana anda akan diberikan ganjaran melalui applikasi yang anda bina pada akaun FB anda. Pendapatan anda ditentukan oleh berapa ramai pengguna FB yang menggunakan applikasi yang anda bina dan merujuk kepada eCPM. eCPM merujuk pada Cost-per Thousand Impression dimana anda akan mendapat ganjaran daripada applikasi anda apabila applikasi anda disertakan dengan iklan daripada penyedia iklan sewaktu pengguna Facebook menggunakan applikasi anda tadi. Nilai eCPM bergantung pada penyedia iklan dan berubah-rubah antara USD0.05-0.90.

Untuk mendaftar AppBank, taip "AppBank" pada search bar dan klik AppBank App. Klik pada "Go To App" dan klik "Allow" seterusnya bina applikasi anda mengikut kategori yang telah ditetapkan. Apabila applikasi anda telah siap, klik pada "Getting Paid" dan isi maklumat yang diminta.

buat duit dengan facebook

Semakin banyak applikasi yang anda bina, semakin kreatif applikasi anda, semakin cerah peluang untuk anda mendapat ganjaran.

GOOD LUCK!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011



Assalamualaikum pengunjung-pengunjung duitmoney2u.
Pada saat entry ini ditulis, kita telah pun berada pada malam Ramadhan yang terakhir.
Semoga raya tahun ini akan lebih bermakna untuk kita semua dan membawa seribu kebahagiaan.


Jadi, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin
Salah silap harap dimaafkan.

Jurutaip sambilan dari rumah

Kerja Jurutaip Sambilan Dari Rumah

Jurutaip Sambilan Di Rumah

Sekiranya anda sedang mencari kerja sambilan di rumah atau bekerja dari rumah, anda pasti pernah terjumpa iklan yang menawarkan pekerjaan sebagai jurutaip sambilan dari rumah yang menawarkan pendapatan sehingga 15K seminggu atau lebih berpandukan kuantiti iklan yang anda siapkan? Skop pekerjaan adalah dengan menulis iklan yang diminta oleh pelanggan dan mengiklankan iklan tersebut melalui email.

Tahukah anda bahawa kerja menaip sambilan itu sebenarnya adalah satu penipuan? Memang benar anda perlu melakukan kerja-kerja menaip, menaip perkataan untuk menjadikan laman web yang sama seperti mana anda terjumpa didalam laman web yang anda sertai dahulu, itulah kerja anda. Pendapatan anda pula bukanlah berdasarkan kuantiti iklan yang anda taip atau siapkan atau iklankan.... TETAPI......... Pendapatan anda berdasarkan berapa ramai orang yang akan MENYERTAI anda dimana setiap penyertaan anda akan mendapat nilai yang sama seperti mana anda bayar untuk anda memulakan kerja menaip ini dahulu. RM20...RM30...RM50 satu penyertaan.

BUAT DUIT DENGAN UBER

Dengan kata lain, KERJA JURUTAIP SAMBILAN ini bukanlah kerja sambilan tetapi penipuan terhadap mereka yang ingin mencari wang tambahan. Modus operandi mereka adalah membuat laman web yang kelihatan seperti laman web rasmi sesebuah syarikat yang menawarkan kerja sebagai jurutaip dari rumah. Untuk memulakan kerja tersebut anda diminta untuk membuat bayaran terhadap mereka iaitu bayaran pakej latihan yang disediakan.

TIDAK ADA SATU KERJA PUN YANG MEMINTA ANDA MEMBAYAR UNTUK MEMULAKAN SATU-SATU PEKERJAAN.

 Pakej latihan yang mereka maksudkan adalah mereka akan terangkan bagaimana untuk membina laman web secara percuma seperti laman web mereka yang anda jumpa sebelum ini dan iklankan laman web tersebut. Pendapatan anda adalah berdasarkan berapa ramai yang menyertai anda. Orang sebelum ini menipu anda, seterusnya, anda pula menipu orang lain untuk mendapat keuntungan.

Tak percaya???
- Taip jurutaip sambilan di Google dan klik setiap senarai yang keluar. Perhatikan alamat laman web mereka setiap satu yang berbeza tetapi menawarkan kerja yang sama. :)
- Perhatikan pula cara bayaran atau cara menghubungi mereka. Bukankah cara bayaran adalah menerusi akaun bank peribadi, email adalah email peribadi??
- Testimoni - Betulkah itu testimoni dari mereka yang telah menyertai "kerja jurutaip tersebut" Itu hanya penipuan, mana gambar mereka yang memberikan testimoni dan yang paling penting mengapa tidak diberikan cara untuk menghubungi mereka. Sekali lagi, ayat testimoni boleh DIREKA!
- Dimana banggunana pengoperasian mereka? Nama syarikat? No pendaftaran syarikat??

---------------------

Entry ini diterbitkan adalah untuk mengelakkan lebih ramai orang ramai yang sebenar-benarnya ingin mencari wang tambahan dari rumah ditipu. Masih banyak cabang untuk mendapatkan wang di internet selain daripada menipu

Cara mudah ganda wang simpanan

Jana Pendapatan Sampingan Dengan EMAILDUIT

JANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN EMAILDUIT

EMAILDUIT
EMAILDUIT merupakan satu Program Affiliate dimana anda akan diberikan satu link referral untuk mempromosikan akaun anda. 

Dengan EMAILDUIT ini anda akan diberikan 2 komisyen iaitu komisyen dari setiap klik dari link anda dan juga komisyen dari ahi-ahli yang berdaftar sebagai ahli berbayar dibawah anda..

Didalam EMAILDUIT ini terdapat 2 pakej iaitu pakej percuma dan juga pakej berbayar atau pakej biz
Pakej Percuma :
Dengan pakej percuma ini, anda tidak perlu membayar apa-apa wang pendaftaran. Dengan hanya mendaftar sebagai ahli percuma anda terus mendapat link referral anda setelah langkah pendaftaran diselesaikan. Dengan Pakej Percuma ini, komisyen yang akan anda terima adalah lebih rendah dari Pakej berbayar atau Pakej Biz yang mana untuk setiap link yang diklik, anda akan mendapat komisyen RM0.10 manakala untuk mana-mana individu yang berdaftar sebagai ahli berbayar atau mengambil Pakej Biz menerusi link referral anda, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM10.





Pakej Berbayar (Pakej Biz)
Untuk menjadi ahli berbayar dengan mengambil Pakej Biz ini, anda perlu membayar wang pendaftaran sebanyak RM100. Pembayaran ini adalah sekali seumur hidup. Dengan menagmbil Pakej Biz ini, setiap link referral anda yang diklik, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM1. Manakala jika terdapat mana-mana individu yang juga mengambil Pakej Biz menerusi link referral anda, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM60. Selain itu, dengan mengambil Pakej Biz ini juga anda akan mendapat 3 Ebook tentang pemasaran menerusi Twitter yang merupakan produk kepada biz ini.

Untuk mendaftar Sila klik pada banner di bawah

Duit Percuma - Adsniaga

Adsniaga. Satu lagi medium internet yang membolehkan anda menjana sedikit wang daripada PC atau lappy anda. Adsniaga merupakan satu laman web pengiklanan yang dibangunkan oleh anak Malaysia. Tanpa perlu mengeluarkan sesen wang pon dari poket anda, anda mampu menjana pendapatan dari Adsniaga ini.

Bagaimana untuk menjana pendapatan dari Adsniaga?
Untuk menjana pendapatan dari adsniaga ini, ianya memerlukan anda memiliki blog atau laman web anda sendiri. Ini kerana anda perlu meletakkan iklan-iklan dari Adsniaga tersebut ke dalam blog anda. Anda akan mendapat ganjaran daripada setiap klik yang anda perolehi. Ganjaran ini lebih dikenali sebagai pay per clicks. Minimum Payout yang telah ditetapkan oleh pihak pengiklanan adalah serendah RM50 dan akan dibayar pada setiap 25 haribulan.

"Kekayaan tidak datang sekelip mata, ianya memerlukan usaha yang berterusan"
"Anda tidak akan rugi sekiranya mencuba, tetapi sangat rugi sekiranya tidak mencuba"
"Jangan terlalu mengimpikan kekayaan tetapi cukuplah sekadar melepaskan beban didada"

Moga bertemu lagi....

Wassalam...


iPanelonline - Jana Wang Online

Jana wang online ipanelonline

Anda kesempitan wang? Ingin mencari wang tambahan? Memperkenalkan Program jana wang online iPanelonline. Program jana wang online yang tidak memerlukan sebarang modal. Ya. Program ini tidak memerlukan anda mengeluarkan sesen pon wang anda untuk menyertainya. Ianya PERCUMA!!
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menjawab soalan-soalan survey yang diberikan. Cukup mudah!! Peluang yang cukup cerah kerana program ini masih baru di Malaysia.

Antara mereka yang telah mendapat pulangan. (Lihat tarikh)

Jana wang online ipanelonline - Bukti pendapatan

Apa kata mereka...

Jana wang online ipanelonline - apa kata mereka

Tunggu apa lagi?? Jadi ahli iPanelonline sekarang dan mula menjana pendapatan!!!