Team Project Scam?
Salam sejahtera.....
Disini aku nak reveal satu Program Jana Duit Online yang scam.
Team Project - Revolusi Kerja Sambilan Konsep Baru
Program ni aku rasa masih baru lagi. Dalam tahun 2011 juga.
Kalau dilihat dari segi pembinaan laman web dia tu, memang kalau orang yang baru kenal dunia online boleh kata laman web tu sebuah laman web rasmi. Tapi yang menghairankan kenapa program tu memerlukan seseorang yang nak join program tu bayar dahulu wang berjumlah RM40 untuk "Module Komprehensif" kononnya. Kepada yang baru nak tahu, kebanyakan program-program yang menawarkan kerja sambilan dari rumah tetapi memerlukan anda mengeluarkan wang terlebih dahulu untuk program tersebut, ianya lebih kepada Scam atau penipuan.
Modus operandi program ni lebih kurang sama macam program-program "Data Entry From Home" yang lain yang kononnya melakukan kerja-kerja menaip atau menyiapkan iklan untuk mendapat upah atau ganjaran.
Keraguan yang meyakinkan bahawa Team Project Scam
Mungkin ramai yang tak sedar bahawa domain yang digunakan bukan domain berbayar, tetapi hanya domain percuma. Domain yang digunakan adalah dari freewebs.
Pernah terkantoi dengan aku, saja la aku nak cek web tu. Waktu aku berada didalam laman web tu, aku agak terkejut kerana alamat laman web dia bertukar daripada teamproject.com kepada freewebs.com/teamproject. Mungkin waktu aku berada didalam laman web tu, owner web tu sedang mengedit laman web dia tu. Tak percaya, lihat screenshot dari wangcyber yang aku ambil
Laman web dah free, borang "Contact Us" pun guna yang free iaitu dari "ContactMe Form"
Borang Pengesahan Pendaftaran pun free juga..... Tak sure borang pengesahan tu daripada mana, tapi rasanya daripada "JotForm".
Kita lihat pula alamat syarikat. Cuba korang cari di Google map. Korang tak kan jumpa alamat tersebut. Kalau ada, bukan atas nama Ads Solution Enterprise. Cubalah cari. Lagi satu.... Ada dia tulis no lesen syarikat? Tak ada bukan. Sesebuah syarikat yang sah, mesti dan wajib ada no lesen syarikat. Ada dinyatakan no contact (No phone)?
Berbelanja sambil menjana pendapatan. Klik sini untuk maklumat lanjut
Berbelanja sambil menjana pendapatan. Klik sini untuk maklumat lanjut
Dan yang lebih best...........
No akaun yang perlu dibank-inkan adalah no akaun persendirian atau individu atas nama Azmuni. Yer bendahari.... Tapi kalau dah nama syarikat.... tak kan tak ada satu akaun bank khas atas nama syarikat bukan?
Kenapa saya buat entry ni?
Saya tak nak lebih ramai orang tertipu. RM40 mungkin kecil, tetapi besar kepada sesetengah orang. Kalau seorang yang ditipu, ok lah.. kalau dah beratus? Harap korang bukan antara yang tertipu. Banyak lagi cara nak jana pendapatan. Yang penting. Bukan dengan cara menipu.
:3
BalasPadamgood post...hope ppls out there baca ni post b4 apply stupid scam tu :D hahahaha
THANK YOU...THANK YOU...THANK YOU...nyaris-nyaris masuk perangkap fuhhhhhhhhhhhh
BalasPadamSy baru cadang nak masuk,terima kasih di atas informasi ini.
BalasPadamTerimakasih atas maklumat anda. Bila saya check alamat kat Vanda Business Park, semuanya bermula dengan no. 723 + huruf A-Z, x ada pun alamat no 118. Sah Menipu..
BalasPadamBerdasarkan data di bawah, Teamproject ni akan tamat pada 8/6/2012.
BalasPadamwww.my-teamproject.com IP address location & more:
Host of the IP: www.my-teamproject.com[Whois] [Reverse IP]
Host IP [?]: 216.52.115.5 [Whois] [Reverse IP]
IP country code: US
IP address country: United States
IP address state: Maryland
IP address city: Silver Spring
IP postcode: 20910
IP address latitude: 39.0046
IP address longitude: -77.0369
ISP of this IP [?]: Internap Network Services Corporation
Organization: Webs.com
Local time in United States: 2012-02-23 10:35
Extended my-teamproject.com WHOIS
Registrar
ENOM, INC.
Whois Server
whois.enom.com
Referral URL
http://www.enom.com
Status
clientTransferProhibited
Contact Email
Creation Date
08/06/2011
Updated Date
08/06/2011
Expiration Date
08/06/2012
Registrant
Sungai Dua, PE 11700
MY
Administrative Contact
Sungai Dua, PE 11700
MY
Email:
Technical Contact
Sungai Dua, PE 11700
MY
Email:
Nameservers
ns1.webs.com
ns2.webs.com
Klik to register x boleh masuk..help!
BalasPadam