Duit Percuma - Adsniaga

Adsniaga. Satu lagi medium internet yang membolehkan anda menjana sedikit wang daripada PC atau lappy anda. Adsniaga merupakan satu laman web pengiklanan yang dibangunkan oleh anak Malaysia. Tanpa perlu mengeluarkan sesen wang pon dari poket anda, anda mampu menjana pendapatan dari Adsniaga ini.

Bagaimana untuk menjana pendapatan dari Adsniaga?
Untuk menjana pendapatan dari adsniaga ini, ianya memerlukan anda memiliki blog atau laman web anda sendiri. Ini kerana anda perlu meletakkan iklan-iklan dari Adsniaga tersebut ke dalam blog anda. Anda akan mendapat ganjaran daripada setiap klik yang anda perolehi. Ganjaran ini lebih dikenali sebagai pay per clicks. Minimum Payout yang telah ditetapkan oleh pihak pengiklanan adalah serendah RM50 dan akan dibayar pada setiap 25 haribulan.

"Kekayaan tidak datang sekelip mata, ianya memerlukan usaha yang berterusan"
"Anda tidak akan rugi sekiranya mencuba, tetapi sangat rugi sekiranya tidak mencuba"
"Jangan terlalu mengimpikan kekayaan tetapi cukuplah sekadar melepaskan beban didada"

Moga bertemu lagi....

Wassalam...