Sponsored

YSLM Skim Cepat Kaya

YSLM  Skim Cepat Kaya

Anda pernah dengar YSLM? Ada yang pernah ada yang tak. Akhir-akhir ni agak kecoh pasal YSLM ni kerana dikatakan ianya sebuah skim cepat kaya. Pengasas program ini adalah seorang rakyat warga China, Zhang Jian, 26 tahun.

Jika anda tinggal berdekatan dengan Pulau Pinang dan sering berulang alik dari tanah besar ke bahagian Pulau, anda akan perasan satu sign board besar yang tertera gambar Zhang Jian ni dan bertulis
"Bakal Orang Terkaya Didunia"



Sign Board tersebut dilaporkan akan diturunkan oleh polis dan Majlis Perbandaran Seberang Perai setelah mendapat aduan orang ramai yang berasa curiga dengan papan iklan YSLM tersebut.

Menurut laporan The Star, YSLM yang berpangkalan di China sebelum ini telah dilaporkan haram kerana telah menyebabkan 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Zhang Jian juga dikatakan pernah ditahan polis sebanyak 5 kali sebelum ini kerana dipercayai menjalankan penipuan skim cepat kaya.

Video Pejabat YSLM diserbu KPDNKK

Bermula daripada penurunan sign board YSLM di Pulau Pinang, kini pejabat YSLM diserbu oleh KPDNKK. Apa sebenarnya program YSLM ini? Lihat video


Admin bukan ahli YSLM dan tak tahu pun apa program YSLM ni yang sebenarnya. Ada di antara anda ahli YSLM. Apa komen anda?

Cara Mudah Buat Duit Di Internet

Cara Mudah Buat Duit Di Internet


Ada ke cara mudah buat duit di internet? Kebanyakan program buat duit di internet memerlukan kita mempromosikan link program yang disertai walaupun program yang disertai itu kelihatan seperti tidak perlu membuat sebarang kerja promosi.

Ada program yang berbayar ada program yang percuma sahaja untuk disertai tetapi semua itu tetap memerlukan kita membuat promosi untuk mendapatkan pelanggan atau prospek dan dibahagian promosi inilah ramai yang gagal untuk buat duit di internet.

Mahukah anda jika saya kongsikan kepada anda satu program yang mudah untuk buat duit di internet TANPA PERLU MEMBUAT SEBARANG KERJA PROMOSI

Memperkenalkan SPSHOPS, Sharing Profit Shops dimana dengan program ini anda mampu menjana pendapatan walaupun tanpa menaja atau tanpa perlu membuat apa-apa.
Senang kata Duduk Diam Dapat Duit.

Percaya atau tidak, berbekalkan kehebatan sistem serta pemasaran marketing yang hebat, dengan hanya bermodalkan RM10, anda mempu menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit tanpa perlu melakukan apa-apa kerja atau promosi. Pelan ini sangat sesuai bagi mereka yang tidak suka membuat penajaan dan hanya ingin meletakkan modal sahaja didalam perniagaan ini umpama membuat pelaburan. (Kalau nak cepat dapat duit kena buat kerja la macam saya :)

Walaupun SPSHOPS mempunyai plan 4D atau DUDUK DIAM DAPAT DUIT, ianya bukanlah sebuah program cepat kaya. Kerana didalam plan duduk diam dapat duit SPSHOPS, ianya tidak menjanjikan pulangan dalam tempoh terdekat. Plan ini bergantung kepada plan pemasaran di SPSHOPS yang menggunakan plan matrik iaitu anda akan mendapat komisyen daripada upline atau ahli yang aktif membuat penajaan. Semakin aktif kumpulan tersebut, semakin cepat hasil dijana.

Kerja Pengurusan Email Pn Masnah

Kerja Pengurusan Email Pn Masnah

Testimoni Kerja pengurusan email

Pastinya anda yang berjaya sampai ke blog ini ingin mengetahui berkenaan program 'Kerja Pengurusan Email' yang diperkenalkan oleh Pn Masnah bukan?

Tertarik nak join kerja pengurusan email tersebut tetapi was-was sebab perlu keluarkan modal?

Saya seperti anda pada mulanya, rasa seperti hendak menyertai program pengurusan email tersebut. Tetapi ada satu tanda tanya yang bermain di fikiran saya. Persoalannya adalah?
"Mengapa ramai sangat yang mempromosikan program ini di web web pengiklanan, di Facebook, di blog? Sedangkan jika dilihat pada nama programnya iaitu 'Kerja Pengurusan Email', tentulah hanya bekerja menggunakan email untuk buat duit daripada program ini. Tetapi mengapa terlalu ramai yang mempromosikan link program ini???


Setelah saya google berkenaan program ini, akhirnya saya dapat jawapannya kenapa ramai yang mempromosikan program pengurusan email ini.

Nampak seperti mudah bukan? Hanya perlu mengurus email, iaitu hanya reply email yang masuk ke dalam inbox dan anda akan dapat pendapatan daripadanya. Sangat mudah!

Cara mudah ganda wang simpanan

Tapi tahukah anda untuk mendapatkan email tersebut masuk kedalam inbox anda, anda perlu melakukan sesuatu. Anda nak tahu apa yang perlu dilakukan?
Anda perlu mempromosikan link kerja pengurusan email anda tadi.
Contoh linkhttp://bozzv6.net/pengurusemail6589

Daripada apa yang saya faham, seseorang itu akan mendapat RM30 untuk satu email yang berjaya di urus. 3 email bermaksud RM90. Jika anda baca di mana-mana web pengurusan email tersebut, anda akan perasan ayat seperti dibawah
'Anda dijamin dibayar serta merta untuk setiap email triplet yang anda uruskan'

Apa maksud Triplet. Triplet adalah Tiga. Jadi 3 email atau 1 email triplet yang berjaya diurus anda akan dibayar sebanyak RM90. Maka, jadi lah ayat seperti diatas.

Seseorang pengurus email itu akan mendapat email cookies apabila ada orang yang menyertai program ini melalui link yang dipromosikannya.

Testimoni kerja pengurusan email

Bagaimana 1 email dibayar RM30? Mudah... Pembahagian keuntungan 50-50. Admin pengurus email iaitu Pn Masnah dapat RM30, Pengurus email dapat RM30. Bila ada 3 pendaftaran, maka akan ada 3 email cookies yang masuk kedalam inbox anda. Dan seterusnya anda akan dibayar RM90.

Jika anda faham apa yang sya ceritakan diatas, anda akan faham bagaimana buat duit dengan kerja pengurusan email ini. Jika tak faham saya terangkan dibawah.

Memang kerja anda mudah iaitu hanya forward/reply email cookies. Tetapi untuk mendapatkan 1 email cookies anda perlu membuat promosi atau mengajak orang lain menyertai program ini dan orang tersebut perlu membuat pembayaran didalam program ini.

Disebalik kerja mengurus email. Tugas utama yang perlu dilakukan adalah...
PROMOSI...
PROMOSI..
PROMOSI...

Atau

CARI ORANG...
CARI ORANG...
CARI ORANG...

Sekarang anda nampak?

Saya tak kata program ini salah. Tetapi jika anda ingin menyertai program ini, tetapi anda tak suka cari orang atau tak suka promosi. Jangan join. Sebab tanpa promosi anda tak dapat buat duit dengan program ini.

Secara logik daripada mana Admin Kerja Pengurusan Email ni nak bayar kepada anda RM30 untuk 1 kerja pengurusan email yang sangat mudah. Jawapannya, dia kenalah dapat duit dahulu RM60 daripada pengurus  email yang baru untuk bayar kepada anda RM30 :)

Jika anda seorang yang 'otak bisnes', anda akan nampak dimana kekuatan program ini dan anda akan nampak Pn Masnah seorang yang bijak dimana dia pandai mempengaruhi pemikiran orang lain walaupun program ini tiada produk. Hanya buat duit semata-mata :)


BUAT DUIT DENGAN UBER