Memaparkan catatan dengan label scam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label scam. Papar semua catatan

UFUN UTOKEN Diserbu

Program UFUN UTOKEN Diserbu



Ada sesiapa yang tahu pasal program UFUN UTOKEN ni? Atau yang menjadi ahli UFUN UTOKEN?
Admin tak berapa tahu tentang program ni tapi ada la juga rakan FB yang mempromosikan UFUN UTOKEN ni, pernah la juga intai intai... tapi terbantut sebab modal macam besar jer, jadi bila tak sanggup, terus admin tak ambil port pasal UFUN UTOKEN ni, cuma kalau tak silap admin, UFUN UTOKEN ni macam pelaburan kot. Tak sure...

Post ni timbul bukan sebab nak promote UFUN UTOKEN ni, tapi sebab waktu post ni ditulis, panas pasal UFUN UTOKEN ni kena serbu di Thailand dan 3 orang ditahan untuk disoal siasat. Boleh rujuk gambar-gambar dibawah

UFUN UTOKEN diserbu




Banyak juga sumber yang membawakan berita tentang UFUN ni diserbu.


Sebelum ni kalau tak silap, dah pernah kena rush juga di Thailand tahun lepas, disebabkan aduan orang ramai tentang UFUN UTOKEN ni tapi setelah diselidik, tidak ada apa apa tindakan atau kesalahan.

Admin bukan ahli UFUN, dan tak tahu dengan mendalam tentang UFUN ni jadi tak nak komen apa apa.

Tapi bila semak dengan BNM, UFUN atau UFUNCLUB disenaraikan sebagai perniagaan yang tidak berlesen??



Admin mendapat berita ni daripada tuan Azizi Ali iaitu seorang pakar pelaburan yang mana sebelum ni tuan Azizi Ali pernah menerangkan mengapa beliau tidak menyertai perniagaan UFUN ni disebabkan ketidakyakinan beliau didalam UFUNCLUB ni setelah beliau meneliti program UFUN ni.


Admin tak ada nak komen apa apa. Sebab admin bukan ahli UFUNCLUB, tapi kebanyakan ahli UFUNCLUB menafikan perkara ini dan masih mempercayai program ini. Itu normal kerana mereka mungkin lebih tahu dengan program yang mereka sertai. Tapi nasihat admin pada yang baru nak join UFUNCLUB, atau apa apa program la, selidik dulu tentang program tersebut sebelum menyertainya. 

Buat Duit Dengan Peruserpaid


 

Buat Duit Dengan Peruserpaid.com

Anda pernah dengar atau terbaca tentang program PerUserPaid?
Atau anda pernah join program ini?
Bagaimana? Pernahkah anda merasa hasil daripada program tersebut?

Saya yakin tidak ada yang pernah merasa hasil daripada program PerUserPaid ini :)
Tetapi jika anda pernah merasa hasilnya, sila kongsikan testimoni PerUserPaid anda di ruangan komen.

Apakah Program PerUserPaid Ini?

Di media media sosial seperti Facebook, banyak juga saya melihat status-status atau komen komen spam yang mempromosikan program ini.

Di blog ini juga ada yang meninggalkan komen yang mempromosikan program ini :)

peruserpaid scam


Tetapi apakah sebenarnya program PerUserPaid ini?

Jika anda seorang yang rajin, anda boleh langsung ke web program PerUserPaid ini dan kliklah apa yang patut untuk mengetahui apa sebenarnya program ini. Laman web dia ada dibahagian paling bawah komen di atas.

Saya malas nak membuang masa dengan meneliti program program SCAM seperti ini. BUANG MASA.

Mengapa saya katakan program ini program Scam?
Cuba anda baca komen di atas dan fahamkan terutama pada ayat :

FREE REGISTER
SETIAP ORANG YANG BUKA LINK ANDA, ANDA AKAN DIBAYAR SEBANYAK USD10.

Menarik tu. Tak perlu bayar apa apa kan. Pakcik kayoo..
Secara logik cuba anda fikir. Anda tak perlu bayar apa-apa bayaran, cuma perlu promote link anda. setiap yang buka link anda, anda akan dibayar.

Persoalan disini, dari mana duit yang akan anda terima itu terhasil sedangkan tidak ada wang yang terhasil daripada pendaftaran baru????

Situasi ini sama seperti sebuah restoran yang menawarkan komisyen kepada anda yang mana anda mendaftar percuma sebagai promoter. Tugas anda ajak rakan rakan anda MELIHAT restoran tersebut, hanya melihat, tak perlu makan tak perlu minum dan anda akan diberi komisyen kerana ada yang melihat restoran tersebut? Kalau betul anda dibayar komisyen, anda rasa tokey restoran tu untung ke rugi??

Dan..... saya berani kerat jari, sampai kiamat pun tokey restoran tu tak kan bayar komisyen walau satu sen pun kepada anda sebab itu hanya akan merugikan restoran dia :)

Jika anda nak tahu, program seperti ini hanyalah umpan supaya laman web mereka dikunjungi oleh ramai pelawat dari seluruh negara dengan menjanjikan komisyen komisyen seperti ini. Bila ramai pelawat melihat laman web mereka, maka laman web mereka akan mudah dicari di enjin carian seperti google.

Sekarang anda nampak permainan mereka?

Yer lah tak rugi apa-apa kan... Modal pun tak keluar. Memanglah.. Tapi itu kan buang masa namanya buat kerja B***H.

Testimoni Program PerUserPaid

Eh, kata program PerUserPaid ini scam, ada testimoni pula? Adaaaa....
 Rujuk gambar dibawah

testimoni peruserpaid
Amacam? Masih nak teruskan promote program PerUserPaid ini atau masih nak mencuba nasib? :)

Banyak lagi program program ala-ala PerUserPaid ini. Menipu semua. Kalau program tu minta anda promote link dan anda dibayar melalui link anda sedangkan anda tidak membayar apa-apa kepada mereka, tak payah cuba la.. Buang masa jer... Terutama komisyen yang menggunung. Terang-terang menipu :)

YSLM Skim Cepat Kaya

YSLM  Skim Cepat Kaya

Anda pernah dengar YSLM? Ada yang pernah ada yang tak. Akhir-akhir ni agak kecoh pasal YSLM ni kerana dikatakan ianya sebuah skim cepat kaya. Pengasas program ini adalah seorang rakyat warga China, Zhang Jian, 26 tahun.

Jika anda tinggal berdekatan dengan Pulau Pinang dan sering berulang alik dari tanah besar ke bahagian Pulau, anda akan perasan satu sign board besar yang tertera gambar Zhang Jian ni dan bertulis
"Bakal Orang Terkaya Didunia"



Sign Board tersebut dilaporkan akan diturunkan oleh polis dan Majlis Perbandaran Seberang Perai setelah mendapat aduan orang ramai yang berasa curiga dengan papan iklan YSLM tersebut.

Menurut laporan The Star, YSLM yang berpangkalan di China sebelum ini telah dilaporkan haram kerana telah menyebabkan 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Zhang Jian juga dikatakan pernah ditahan polis sebanyak 5 kali sebelum ini kerana dipercayai menjalankan penipuan skim cepat kaya.

Video Pejabat YSLM diserbu KPDNKK

Bermula daripada penurunan sign board YSLM di Pulau Pinang, kini pejabat YSLM diserbu oleh KPDNKK. Apa sebenarnya program YSLM ini? Lihat video


Admin bukan ahli YSLM dan tak tahu pun apa program YSLM ni yang sebenarnya. Ada di antara anda ahli YSLM. Apa komen anda?

Team Project Scam?

Salam sejahtera..... 
Disini aku nak reveal satu Program Jana Duit Online yang scam
Team Project - Revolusi Kerja Sambilan Konsep Baru

Program ni aku rasa masih baru lagi. Dalam tahun 2011 juga.
Kalau dilihat dari segi pembinaan laman web dia tu, memang kalau orang yang baru kenal dunia online boleh kata laman web tu sebuah laman web rasmi. Tapi yang menghairankan kenapa program tu memerlukan seseorang yang nak join program tu bayar dahulu wang berjumlah RM40 untuk "Module Komprehensif" kononnya. Kepada yang baru nak tahu, kebanyakan program-program yang menawarkan kerja sambilan dari rumah tetapi memerlukan anda mengeluarkan wang terlebih dahulu untuk program tersebut, ianya lebih kepada Scam atau penipuan.

Modus operandi program ni lebih kurang sama macam program-program "Data Entry From Home" yang lain yang kononnya melakukan kerja-kerja menaip atau menyiapkan iklan untuk mendapat upah atau ganjaran.

Keraguan yang meyakinkan bahawa Team Project Scam
Mungkin ramai yang tak sedar bahawa domain yang digunakan bukan domain berbayar, tetapi hanya domain percuma. Domain yang digunakan adalah dari freewebs.
Pernah terkantoi dengan aku, saja la aku nak cek web tu. Waktu aku berada didalam laman web tu, aku agak terkejut kerana alamat laman web dia bertukar daripada teamproject.com kepada freewebs.com/teamproject. Mungkin waktu aku berada didalam laman web tu, owner web tu sedang mengedit laman web dia tu. Tak percaya, lihat screenshot dari wangcyber yang aku ambil


Laman web dah free, borang "Contact Us" pun guna yang free iaitu dari "ContactMe Form"
Borang Pengesahan Pendaftaran pun free juga..... Tak sure borang pengesahan tu daripada mana, tapi rasanya daripada "JotForm".

Kita lihat pula alamat syarikat. Cuba korang cari di Google map. Korang tak kan jumpa alamat tersebut. Kalau ada, bukan atas nama Ads Solution Enterprise. Cubalah cari. Lagi satu....  Ada dia tulis no lesen syarikat? Tak ada bukan. Sesebuah syarikat yang sah, mesti dan wajib ada no lesen syarikat. Ada dinyatakan no contact (No phone)?

Berbelanja sambil menjana pendapatan. Klik sini untuk maklumat lanjut

Dan yang lebih best...........
No akaun yang perlu dibank-inkan adalah no akaun persendirian atau individu atas nama Azmuni. Yer bendahari.... Tapi kalau dah nama syarikat.... tak kan tak ada satu akaun bank khas atas nama syarikat bukan?

Kenapa saya buat entry ni?
Saya tak nak lebih ramai orang tertipu. RM40 mungkin kecil, tetapi besar kepada sesetengah orang. Kalau seorang yang ditipu, ok lah.. kalau dah beratus? Harap korang bukan antara yang tertipu. Banyak lagi cara nak jana pendapatan. Yang penting. Bukan dengan cara menipu.

Jurutaip sambilan dari rumah

Kerja Jurutaip Sambilan Dari Rumah

Jurutaip Sambilan Di Rumah

Sekiranya anda sedang mencari kerja sambilan di rumah atau bekerja dari rumah, anda pasti pernah terjumpa iklan yang menawarkan pekerjaan sebagai jurutaip sambilan dari rumah yang menawarkan pendapatan sehingga 15K seminggu atau lebih berpandukan kuantiti iklan yang anda siapkan? Skop pekerjaan adalah dengan menulis iklan yang diminta oleh pelanggan dan mengiklankan iklan tersebut melalui email.

Tahukah anda bahawa kerja menaip sambilan itu sebenarnya adalah satu penipuan? Memang benar anda perlu melakukan kerja-kerja menaip, menaip perkataan untuk menjadikan laman web yang sama seperti mana anda terjumpa didalam laman web yang anda sertai dahulu, itulah kerja anda. Pendapatan anda pula bukanlah berdasarkan kuantiti iklan yang anda taip atau siapkan atau iklankan.... TETAPI......... Pendapatan anda berdasarkan berapa ramai orang yang akan MENYERTAI anda dimana setiap penyertaan anda akan mendapat nilai yang sama seperti mana anda bayar untuk anda memulakan kerja menaip ini dahulu. RM20...RM30...RM50 satu penyertaan.

BUAT DUIT DENGAN UBER

Dengan kata lain, KERJA JURUTAIP SAMBILAN ini bukanlah kerja sambilan tetapi penipuan terhadap mereka yang ingin mencari wang tambahan. Modus operandi mereka adalah membuat laman web yang kelihatan seperti laman web rasmi sesebuah syarikat yang menawarkan kerja sebagai jurutaip dari rumah. Untuk memulakan kerja tersebut anda diminta untuk membuat bayaran terhadap mereka iaitu bayaran pakej latihan yang disediakan.

TIDAK ADA SATU KERJA PUN YANG MEMINTA ANDA MEMBAYAR UNTUK MEMULAKAN SATU-SATU PEKERJAAN.

 Pakej latihan yang mereka maksudkan adalah mereka akan terangkan bagaimana untuk membina laman web secara percuma seperti laman web mereka yang anda jumpa sebelum ini dan iklankan laman web tersebut. Pendapatan anda adalah berdasarkan berapa ramai yang menyertai anda. Orang sebelum ini menipu anda, seterusnya, anda pula menipu orang lain untuk mendapat keuntungan.

Tak percaya???
- Taip jurutaip sambilan di Google dan klik setiap senarai yang keluar. Perhatikan alamat laman web mereka setiap satu yang berbeza tetapi menawarkan kerja yang sama. :)
- Perhatikan pula cara bayaran atau cara menghubungi mereka. Bukankah cara bayaran adalah menerusi akaun bank peribadi, email adalah email peribadi??
- Testimoni - Betulkah itu testimoni dari mereka yang telah menyertai "kerja jurutaip tersebut" Itu hanya penipuan, mana gambar mereka yang memberikan testimoni dan yang paling penting mengapa tidak diberikan cara untuk menghubungi mereka. Sekali lagi, ayat testimoni boleh DIREKA!
- Dimana banggunana pengoperasian mereka? Nama syarikat? No pendaftaran syarikat??

---------------------

Entry ini diterbitkan adalah untuk mengelakkan lebih ramai orang ramai yang sebenar-benarnya ingin mencari wang tambahan dari rumah ditipu. Masih banyak cabang untuk mendapatkan wang di internet selain daripada menipu

Cara mudah ganda wang simpanan