Memaparkan catatan dengan label buat duit online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat duit online. Papar semua catatan

Cara Paling Senang Buat Duit Di Internet

Cara Paling Senang Buat Duit Di Internet Menggunakan Handphone

cara paling mudah senang buat duit online di internet menggunakan handphone


Anda seorang student, penganggur, suri rumah sepenuh masa atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pendapatan sampingan. Anda berada di tempat yang betul.

Apa yang akan saya kongsikan kepada anda adalah bagaimana dengan hanya menggunakan handphone, anda dapat menambah sedikit pendapatan sampingan untuk duit poket anda.
Apa yang perlu anda lakukan adalah anda hanya perlu membaca artikel sahaja daripada handphone anda untuk membolehkan anda mendapatkan ganjaran. Ganjaran dalam bentuk wang tunai. Bukan Voucer.

Baca post artikel dapat duit....?? Habis senang dah tu... Budak sekolah rendah pun boleh buat. Janji ada handphone ada internet. tak perlu pening pening serabut serabut nak menjual barang atau promote sana sini apa segala bagai... Kalau baca artikel pun di kata susah tapi nak duit, tak tau lah pakcik nak cakap nak oiiiii...

Part yang paling best.....
Anda tidak perlu membayar walau satu sen. 100% PERCUMA!
Apa yang perlu anda lakukan hanya perlu mendownload applikasi yang akan admin share nanti untuk membolehkan korang membaca artikel dalam applikasi tersebut dan mula kumpul wang.

Download applikasi > Baca artikel > Kumpul coin > Withdraw ke bank akaun.

Rasanya ini cara paling senang dah ni buat duit di internet. Dah la senang. Percuma pula tu..
Tinggal nak kena rajin sikit ja... Sikit jah... Sangat sikit. Serious! Boleh buat sambil masak, sambil mandi, sambil baca novel, sambil nak tidur pun boleh... Korang bayangkan dia punya sikit tahap kerajinan yang di perlukan.. huhu.

Bagaimana ganjaran membaca artikel di berikan kepada anda.
Ganjaran di berikan berdasarkan tempoh waktu (Sekitar 30 ~ 50 saat). Bukan berdasarkan jumlah artikel yang di baca.
Selesai 1 kitaran waktu, anda akan di berikan coin sebanyak 5 coin. 5 coin bernilai RM0.005
Minima penebusan coin yang boleh di tukarkan ke duit adalah 1000 coin iaitu bersamaan RM1

Di bawah bukti pembayaran yang admin dah berjaya collect dari applikasi baca artikel dapat duit ni. RM60 dan selamat mendarat ke akaun bank, RM30 sedang menyusul sewaktu post ini di buat.

cara paling senang buat duit di internet

Untuk mula menjana pendapatan dengan applikasi baca artikel dapat duit yang sangat mudah ni, ikut step step di bawah. Nama applikasi ini adalah Readwards.

1.  Klik pada LINK INI jika anda melayari post ini menggunakan Handphone atau scan QR Code di bawah menggunakan handphone untuk mendapatkan link download app jika anda melayari post ini menggunakan Komputer / Laptop

cara paling senang buat duit di internet
2. Download dan Install Applikasi Readwards dengan klik pada butang "Muat Turun App"

3. Setelah selesai mendownload applikasi, buka applikasi Readward. Klik menu "Me" dan pilih kaedah login yang di berikan samaada menggunakan akaun Facebook atau Google.
Follow arahan yang di berikan seterusnya sehingga process login selesai.

4. Untuk mendapatkan 800 coin pertama anda yang berniali RM0.80, sila pergi ke menu "Me" atau "Saya", klik "Masukkan Kod Jemputan" dan masukkan kod 122993

4. Selesai. Mula kongsikan artikel Readward ke media sosial anda untuk mendapatkan coin dengan klik pada menu "Offer" atau "Tawaran"

5. Anda boleh menukar pilihan bahasa di bahagian "Me" atau "Saya"

6. Mula kumpul coin dengan membaca artikel.

Limit sehari ganjaran yang akan di berikan dengan membaca artikel adalah sebanyak 500 coin iaitu bersamaan RM0.50.

Untuk mendapatkan lebih ganjaran, anda boleh sharekan artikel ke media sosial atau menjemput rakan lain untuk turut menyertai Readwards.
Setiap kali artikel  yang anda share di baca oleh orang lain, anda akan mendapat coin.
Dan setiap kali rakan yang anda jemput mendapat coin dari artikel y ang mereka share, anda akan mendapat 20% daripada coin mereka tanpa mengurangkan coin rakan tersebut.

*************************************

Terlalu sedikit ganjaran?
Padanlah dengan hanya membaca dan ianya percuma.

Nak yang lebih mudah tapi hasil yang lebih berbaloi?
Ada.... Tapi tak percuma dah lah.... Nak tahu KLIK SINI

Peluang Pelaburan 2019 HMG2U

Peluang Menggandakan Pendapatan 2019 Bersama Harbour Malaysia Group HMG2U

Mencari peluang untuk menambah pendapatan?
Sertai Harbour Malaysia Group (HMG2U)
Sebuah kumpulan syarikat 100% milik Bumiputera yang menawarkan peluang untuk anda menjana pendapatan dengan menjadi rakan kongsi.

Harbour Malaysia Group (HMG2U) terdiri daripada 4 buah anak syarikat berstatus Sdn. Bhd. yang di terajui oleh Tuan Mohd Johari Kamaruddin selaku Pengarah Urusan HMG.
Harbour Malaysia Group menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Import Eksport.

Peluang menggandakan pendapatan 2019 Harbour Malaysia Group HMG2U

Perniagaan Harbour Malaysia Group HMG2U

Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk menjana pendapatan bersama HMG2U,
KLIK SINI



Applikasi Duit Betul Atau Tipu

Applikasi Duit Betul Atau Tipu?



Adakah anda pembeli Applikasi Duit atau tengah tengah Google "Cara cara mudah buat duit" terjumpa web Applikasi Duit.

Jika anda telah membeli Applikasi Duit... Dah buat duit ke atau dah berapa banyak n pantas anda buat duit dari Applikasi Duit?

Jika anda terfikir fikir baru untuk membeli Applikasi Duit dan terjumpa halaman ini, persoalan yang bermain di fikiran anda tentu
"Betul ke hanya dengan Install applikasi Duit di handphone, klik klik 2 3 klik, duit terus mengalir ke akaun bank macam air dalam tempoh 24 jam???"
(Sebenarnya saya pernah terfikir soalan tu pertama kali terjumpa dan baca content dalam web tersebut.. hehehe)

HAKIKATNYA........
Mana ada dengan klik 2 3 klik, duit terus mengalir beribu ribu ringgit masuk ke akaun bank dalam tempoh 24 jam...
Tahu tak web Applikasi Duit tu telah "dijampi serapah" oleh ayat COPTWRITING yang
SUPER DUPER POWER!
Jika anda masuk web tersebut dan anda baca isi kandungan web tu dari atas sampai ke bawah tanpa miss satu perkataan pun, anda akan terbuai seolah olah dipukau terutama jika anda sedang mengalami masalah kewangan dan sedang mencari income tambahan..
Kalau yang tak fikir panjang memang akan terus beli le walau dalam poket cuma ada RM500.
Mana tak nya, dalam tempoh 24 jam terus mengalir duit dalam akaun bank tanpa henti. huhu

Apa Sebenarnya Applikasi Duit?
Macam mana buat duit dengan Applikasi Duit ni?
Dari mana datang duit yang hanya perlu 2 3 kali klik je ni?

Applikasi Duit ni akan jadi BETUL sekiranya...
ANDA SEORANG PENIAGA ONLINE YANG INGIN MENINGKATKAN SALE
yang mana kerja kerja promosi ni dah jadi darah daging anda!

Applikasi duit ni akan jadi TIPU sekiranya...
ANDA JENIS PEMALAS NAK HARAP DUIT TURUN DARI LANGIT GOYANG KAKI TAK BUAT APA APA DALAM TEMPOH 24 JAM!

Applikasi duit ni bukan mesin tarik duit dari orang yang tak bayar cukai derrrrr... Atau TOYOL berbadan hijau yang pandai teknologi..
Applikasi duit ni adalah TOOL MARKETING yang membantu peniaga online untuk up sale menggunakan Applikasi ni.

Macam anda pejalan kaki la... nak ke satu tempat yang jauh.. Anda di beri motor. Motor itu memudahkan anda sampai ke tujuan.
Tapi kalau anda tak ada tujuan dan memang tak mau kemana mana, cuma duduk saja atas motor tu, disitu je lah motor tu berganjak pun tak.

Applikasi Duit ni umpama motor tu leeeee lebih kurang cerita...

Jadi jika nak duit dari Applikasi Duit ni, anda WAJIB BUAT PROMOSI YANG TAK DICERITAKAN DI DALAM WEB TU. Ini part yang sengaja tak di ceritakan..
Kalau cerita, berhuhuhu la sebab tak ada yang nak beli. Dah lah rakyat malaysia ni cukup pantang dengar perkataan kena buat promosi atau cari orang. kikikiki

Kalau pun anda tiada produk sendiri, Applikasi Duit ni lah produk anda iaitu dengan promosikan Applikasi Duit ni.. Jadi Affiliater.
Bila ada yang beli Applikasi Duit ni dari link anda, baru la duit masuk ke akaun bank anda, itu pun hanya komisyen saja maaaa.... Jadi nak duit banyak kena rajin promosi. hehe.

Applikasi Duit ni dah lama jumpa.. Yang baru timbul yang hampir sama dengan Applikasi Duit adalah JutawanApp.com
JutawanApp.com JAMPI SERAPAH DIA LAGI POWER.. Sebab tu kot dia lebih mahal dari Applikasi Duit... Hihi..



SIAPA YANG HARUS DI PERSALAHKAN DALAM HAL INI??

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? (Macam dialog P.Ramlee bujang lapok pula. LOL)
Si pembuat Web Applikasi Duit juga Web JutawanApp yang tak ceritakan hal yang sebenar
atau...
Si pembeli yang mudah terbuai dengan ayat ayat manis jualan dan berharap duit jatuh dari langit??

Kalau dah nama berniaga atau sales promoter.. Senjata utama ayat promosi der kalau bisnes online.
Ayat promosi kena power kalau boleh waktu orang baca tu, orang tu akan "cair" macam aiskrim di tengah terik matahari..
Kalau offline mulut kena pum pang pum pang ramah, kena ada keyakinan diri yang tinggi kena ada penampilan diri yang kemas untuk yakinkan si bakal pembeli....

Cuba ayat Ceroiii... "Nafsu" si bakal pembeli pun ke laut walaupun produk atau servis A++++++++

Cumanya content dalam web Applikasi Duit dan JutawanApp ni terlalu Over kotttt... Yang manis manis belaka di ceritanya... Yang masam masam dia simpan tepi.. Hanya cerita point buat duit semata-mata.. Untuk apa dan bagaimana applikasi berfungsi haram tak cerita.

Yang si pembeli pula... Yang rakus sangat percaya bulat-bulat yang duit boleh masuk macam air lepas 24 jam dengan 2 3 kali klik dalam tempoh 24 jam wat per... Cer fikir logik dulu dari mana datang duit tu... Kalau tak pun, search search dulu dengan pakcik Google kot terjumpa blog abam ni.. huahuahua.. Kalau anda memang tak kisah buat kerja kerja promosi ni, ok la. kot memang boleh dapat hasil dari Applikasi duit atau JutawanApp.. Yang tak pernah?? Yang tak tau pun apa maksud Affiliate... Jem terus.. menyumpah seranah orang lain.. Diri sendiri punya silap, tak nampak! Macam yang kat bawah ni...


Bukan senang der nak senang..... Abam dah lalui banyak dah benda2 ni. Cer tengok blog abam yang bersawang ni.. macam macam benda abam cuba... Disinilah abam bermula dan belajar nak buat duit goyang kaki.. hehehehehe..
Kalau memang nak buat duit hanya dari rumah goyang kaki income puluh ribu sebulan... mau kena ada cara la mau ada usaha walaupun zahiriah goyang kaki... Tukang jahit pun goyang kaki juga kat umah, tapi dia usaha.. Duduk kat tikar sejadah tadah tangan 24 jam pagi ke malam pun minta murah rezeki, dari mana datang rezeki kalau tak cari???

Kesimpulannya...
PANDAI PANDAI LA NAK HIDUP!
HIDUP TAK SEINDAH TAK SEMUDAH YANG DI HARAP!

Teknik Baru Beriklan Di Facebook

Cara Mudah Beriklan di Facebook


Cara mudah beriklan di facebook

Facebook adalah salah satu medium pengiklanan utama yang digunakan oleh orang ramai pada hari ini. Tak kira orang tu orang persendirian atau syarikat syarikat besar. Ini kerana Facebook adalah media sosial yang mempunyai ramai pengguna... Tak dapat dinafikan lagi. Malah sehingga ada yang menjadi Facebook addict kerana hampir keseluruhan masanya menghadap Facebook. Apalagi dengan kemudahan access Facebook menggunakan Handphone menjadikan Facebook sentiasa dipenuhi pengunjung atau pengguna Facebook ini.

Jika syarikat syarikat besar pastinya mereka menggunakan Facebook Advertising atau pengiklanan berbayar Facebook untuk mereka beriklan. Apa nak hairan, nama pun syarikat besar.. Semestinya lah mereka memperuntukkan sebahagian modal untuk mereka beriklan di Facebook.

Orang orang atau usahawan usahawan online persendirian ada juga yang menggunakan pengiklanan berbayar Facebook ini, tetapi tidak berapa ramai. Ini kerana untuk beriklan melalui pengiklanan berbayar, jika tidak menggunakan strategi.. Pengiklanan yang dilakukan tidak akan covert kepada sale. Lebih memburukkan keadaan, kos pengiklanan yang perlu dibayar menjadi tersangat mahal. Sebab itu jika anda perasan, ada pakar pakar pemasaran Facebook menjual Ebook atau kelas facebook marketing untuk mengajar teknik yang betul untuk beriklan di Facebook.

Disebabkan untuk beriklan menggunakan pengiklanan berbayar ini memerlukan modal, jadi kebanyakan usahawan usahawan online Facebook ini menggunakan alternatif lain untuk beriklan yang tidak memerlukan modal yang tinggi atau langsung tidak memerlukan modal. Antaranya menggunakan wall facebook mereka sendiri, Group group pengiklanan atau melalaui FanPage FanPage Facebook.

Walaupun penggunaan wall facebook, group dan FanPage ini tidak memerlukan bayaran. Ianya tetap memerlukan teknik yang betul untuk anda memasarkan produk atau perniagaan anda. JIka tidak usaha anda hanyalah sia sia kerana tidak ada orang yang melihat iklan anda tadi. Jika ada hasil pun, hanya cukup cukup makan. Dan perlu anda tahu, penggunaan wall Facebook, group atau Fanpage yang percuma ini, memerlukan anda berusaha lebih berbanding pernggunaan iklan berbayar kerana anda perlu mengiklankan sendiri produk atau perniagaan anda supaya ramai orang melihat iklan anda tadi.

Di bawah adalah beberapa tips sekiranya anda memilih 3 medium di atas untuk anda beriklan di Facebook.
Wall Facebook : Untuk menhasilkan jualan daripada pengiklanan anda di Wall Facebook anda, anda perlulah mempunyai rakan yang ramai Sekurang kurangnya 2500-3000 Friend. Jika rakan Facebook anda hanya ada 100-200 orang memang susah nak buat sale.
Group pengiklanan percuma : Pilih group group pengiklanan yang mempunyai ramai ahli dan pastikan group tersebut aktif. Jika sebaliknya, post iklan ada tidak akan mendapat sebarang response daripada ahli ahli group..
FanPage : Lebih kurang macam Wall Facebook, tapi lebih kepada produk atau perniagaan yang dijalankan. Pun kena ada ramai Fan. Kalau tak susah juga...

Ramai yang susah nak buat sale melalui ketiga tida cara di atas sebab tak ramai Friends, join group yang tak ramai ahli dan tak aktif dan tak pandai buat Fan Page.. Di tambah selalu sibuk dan tak up iklan secara consistence. Memang susah nak dapat sale lah.

Untuk atasi masalah selalu sibuk, maka wujudlah applikasi Autopost iaitu applikasi yang dapat up post anda secara automatik. Cuma setkan sahaja bila nak post. Walaupun dapat post iklan secara auto tak kira di wall Facebook, group atau FanPage ianya tetap mempunyai kelemahan iaitu akaun facebook mempunyai risiko untuk di block oleh Facebook jika terlalu kerap post. Sehinggakan ramai akaun pengguna Facebook di block disebabkan Applikasi ini. Sekarang masih ada yang menawarkan Applikasi ini.

Selari dengan masa.. Selapas Applikasi Autopost yang diwujudkan untuk membantu pewnggunakan Facebook beriklan, kini timbul pula satu Applikasi yang lebih menarik yang sememangnya dapat meningkatkan sale jualan anda di Facebook. Saya sendiri telah mendapatkan applikasi ini dan ianya ternyata sangat membantu untuk meningkatkan sale di Facebook. Yang lebih menarik ianya tidak memerlukan teknikal yang tinggi seperti applikasi Autopost dahulu yang mana anda perlu bermain coding. Dengan applikasi ini anda hanya perlu copy paste sahaja...

Applikasi ini di panggil
APPLIKASI VIRAL
 Pasti anda tahu apa maksud viral kan?
JAdi bagaimana applikasi ini menjadikan iklan anda Viral di Facebook?
 Kalau nak tahu.. KLIK SINI




Apakah Program MyBCWorld

Apakah Program MyBCWorld


MyBCWorld atau My Brotherhood Community World adalah sebuah program baru yang dilancarkan pada Julai 2015 yang lalu. MyBCWorld ini bukanlah program pelaburan atau perniagaan berasaskan produk atau perniagaan MLM. Ianya lebih kepada konsep saling membantu sesama ahli.

Idea penghasilan program MyBCWorld ini adalah cetusan daripada konsep yang digunakan di negara China yang dikenali sebagai Global Chinese Community (GCC) atau 'Kutu Cina' dimana dalam konsep GCC ini mereka saling membantu didalam mengukuhkan ekonomi mereka. Cuma program MyBCWorld ini diubah mengikut kesesuaian masyarakat di malaysia.

Apa yang menarik dengan program MyBCWorld yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia ini adalah dimana ianya tidak seperti program-program lain yang mempunyai pembahagian pembahagian keuntungan. Di dalam MyBCWorld ini keuntungan yang bakal diperolehi adalah 100% milik anda tanpa melalui  mana mana admin atau orang tengah. Malah wang yang bakal anda perolehi terus dimasukkan ke akaun bank anda. Tiada E-Wallet. Tiada withdraw request. Tiada cas pengeluaran.

Apa yang menarik lagi, modal untuk memulakan program MyBCWorld ini tersangat rendah iaitu hanya RM50 sekali seumur hidup sehinggakan budak sekolah juga mampu menyertainya. Tidak seperti perniagaan perniagaan MLM yang memerlukan anda mengeluarkan modal sehingga ratusan malah ribuan ringgit.

Risiko kerugian juga sangat sangat rendah. Mengapa? Hanya dengan memperkenalkan program ini kepada hanya seorang sahaja rakan, anda telah pun mendapat kembali modal anda dimana rakan yang ingin menyertai program ini perlu membayar RM50 sebagai modal direct kepada anda.

Konsep MyBCWorld

Konsep MyBCWorld ini adalah lebih kepada membantu sesama ahli.
Katakan anda ingin sertai program ini, anda perlu membayar dahulu kepada rakan yang memperkenalkan program ini kepada anda yang mana rakan anda tadi pada mulanya dahulu membayar kepada rakan yang memperkenalkan program MyBCWorld ini kepadanya.. Next apabila sampai satu taham, anda ingin mendapat pendapatan yanglebih, anda perlu membuat bayaran untuk ke stage yang seterusnya kepada rakan anda tadi, dan rakan anda tadi turut membuat bayaran terhadap rakannya untuk membolehkan dia menerima wang daripada anda. Oh, bayaran yang seterusnya itu bukan lagi dari wang poket anda tapi dari keuntungan anda.

Jadi, jika anda ingin mendapat pendapatan yang lebih, anda perlu membantu dahulu rakan anda yang sebelum anda.

Didalam MyBCWorld tiada istilah paksa memaksa. Anda ingin pendapatan yang lebih, anda boleh upgrade, jika tidak mahu, terpulang kepada anda. Rakan anda yang lain ramai yang mahukannya..

Tonton video dibawah dan fahamkan konsep MyBCWorld ini dan anda akan faham mengapa semakin ramai yang menyertai program ini. Dan sekiranya berminat anda boleh klik link dibawah dan saya akan kongsikan cara bagaimana untuk memulakan program MyBCWorld ini dengan tanpa sebarang modal dan tanpa sebarang risiko kerugian.
KLIK SINI

Tambah Pendapatan Dengan MyBCWorld

Tambah Pendapatan Dengan Program Affiliate MyBCWorld

BUAT DUIT DENGAN MYBCWORLD

Pernah dengar program MyBCWorld?
Program baru yang dilancarkan pada Julai 2015 yang lalu.
Menggunakan konsep affiliate iaitu penggunaan link untuk menjana pendapatan.

Apa yang menarik dengan program MyBCWorld ini adalah ianya tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakannya. Hanya serendah RM50 tetapi potensi pendapatan sangat tinggi jika mengikut sistem yang diberikan. Malah wang yang bakal diterima adalah 100% masuk terus ke akaun bank anda tanpa melalui orang tengah atau mana-mana admin.

Walaupun masih baru, tetapi sudah ramai yang telah menjana pendapatan sehingga 5 angka. Malah sudah ada event event yang diadakan untuk memperkenalkan program ini kepada orang ramai.
Manakan tidak dengan hanya modal serendah RM50 mampu memeberikan pulangan ribuan ringgit.
Satu peluang yang sangat menarik untuk dicuba.

Maklumat lanjut boleh klik pada link dibawah
(Pst.. Ada cara nak mulakan program ini dengan modal RM0)

http://mybcworldmania.blogspot.com

Buat Duit Dengan Peruserpaid


 

Buat Duit Dengan Peruserpaid.com

Anda pernah dengar atau terbaca tentang program PerUserPaid?
Atau anda pernah join program ini?
Bagaimana? Pernahkah anda merasa hasil daripada program tersebut?

Saya yakin tidak ada yang pernah merasa hasil daripada program PerUserPaid ini :)
Tetapi jika anda pernah merasa hasilnya, sila kongsikan testimoni PerUserPaid anda di ruangan komen.

Apakah Program PerUserPaid Ini?

Di media media sosial seperti Facebook, banyak juga saya melihat status-status atau komen komen spam yang mempromosikan program ini.

Di blog ini juga ada yang meninggalkan komen yang mempromosikan program ini :)

peruserpaid scam


Tetapi apakah sebenarnya program PerUserPaid ini?

Jika anda seorang yang rajin, anda boleh langsung ke web program PerUserPaid ini dan kliklah apa yang patut untuk mengetahui apa sebenarnya program ini. Laman web dia ada dibahagian paling bawah komen di atas.

Saya malas nak membuang masa dengan meneliti program program SCAM seperti ini. BUANG MASA.

Mengapa saya katakan program ini program Scam?
Cuba anda baca komen di atas dan fahamkan terutama pada ayat :

FREE REGISTER
SETIAP ORANG YANG BUKA LINK ANDA, ANDA AKAN DIBAYAR SEBANYAK USD10.

Menarik tu. Tak perlu bayar apa apa kan. Pakcik kayoo..
Secara logik cuba anda fikir. Anda tak perlu bayar apa-apa bayaran, cuma perlu promote link anda. setiap yang buka link anda, anda akan dibayar.

Persoalan disini, dari mana duit yang akan anda terima itu terhasil sedangkan tidak ada wang yang terhasil daripada pendaftaran baru????

Situasi ini sama seperti sebuah restoran yang menawarkan komisyen kepada anda yang mana anda mendaftar percuma sebagai promoter. Tugas anda ajak rakan rakan anda MELIHAT restoran tersebut, hanya melihat, tak perlu makan tak perlu minum dan anda akan diberi komisyen kerana ada yang melihat restoran tersebut? Kalau betul anda dibayar komisyen, anda rasa tokey restoran tu untung ke rugi??

Dan..... saya berani kerat jari, sampai kiamat pun tokey restoran tu tak kan bayar komisyen walau satu sen pun kepada anda sebab itu hanya akan merugikan restoran dia :)

Jika anda nak tahu, program seperti ini hanyalah umpan supaya laman web mereka dikunjungi oleh ramai pelawat dari seluruh negara dengan menjanjikan komisyen komisyen seperti ini. Bila ramai pelawat melihat laman web mereka, maka laman web mereka akan mudah dicari di enjin carian seperti google.

Sekarang anda nampak permainan mereka?

Yer lah tak rugi apa-apa kan... Modal pun tak keluar. Memanglah.. Tapi itu kan buang masa namanya buat kerja B***H.

Testimoni Program PerUserPaid

Eh, kata program PerUserPaid ini scam, ada testimoni pula? Adaaaa....
 Rujuk gambar dibawah

testimoni peruserpaid
Amacam? Masih nak teruskan promote program PerUserPaid ini atau masih nak mencuba nasib? :)

Banyak lagi program program ala-ala PerUserPaid ini. Menipu semua. Kalau program tu minta anda promote link dan anda dibayar melalui link anda sedangkan anda tidak membayar apa-apa kepada mereka, tak payah cuba la.. Buang masa jer... Terutama komisyen yang menggunung. Terang-terang menipu :)

Tips Mudah Buat Duit Di Internet

Tips Paling Mudah Buat Duit Di Internet

Sambungan daripada post
'Marketing Plan BZEarn'

Dari segi zahir saya memang tak cari orang, saya tak promote pun program BZEarn ni di FB,

Tetapi blog ini telah bekerja untuk saya dan secara tak langsung, blog ini membantu saya mempromosikan program ini.

Seperti anda yang sedang membaca post ini, saya tidak tahu anda dari mana, siapa anda. Tetapi blog ini telah sampaikan info mengenai program ini kepada anda.

Jadi dengan blog ini, kerja saya hanya sekali atau dua kali shaja iaitu menghasilkan post dan seterusnya promosi akan berlaku secara terus apabila ada yang terbaca post ini.

Memang income saya lambat naik sebab saya tak promote secara direct berbanding mereka yang promote program ini secara direct seperti di FB atau membuat iklan.

Jadi kalau anda malas nak promote atau tidak ada masa nak promote macam saya ;P, Buat blog, dan biarkan blog anda bekerja untuk anda. Tetapi kalau anda baru buat blog, rajin-rajinkan sikit promosikan blog anda tu dahulu seperti komen di blog-blog orang lain atau di FB supaya blog anda tersenarai dalam enjin carian Google. Janganlah malas sangat, kerja la sikit kalau nak duit :)

Tips Paling Mudah Untuk Membuat Promosi

Selain daripada blog, anda juga boleh gunakan Youtube dengan menghasilkan video animasi tentang program ini. Jangan lupa letakkan link anda di bahagian Description video. Nanti jadi sia-sia pula usaha anda.

Nak hasilkan video animasi, anda boleh gunakan Powtoon. Percuma sahaja
Selain Youtube, boleh juga gunakan Slideshare.
Mengapa Blog, Youtube dan SlideShare?
3 medium ini adalah orang yang cari kita, bukan kita mencari orang berbanding Facebook. Facebook, kita kena cari orang, kena rajin buat iklan, kena rajin buat status. Jadi jika anda seorang yang rajin, gunalah Facebook :)

Tetapi yang pasti, program ini tetap akan memberikan anda pulangan walaupun tidak membuat sponsoring atau menaja. Lambat atau cepat bergantung kepada usaha masing-masing

--------------------------------------------------

Saya bukan malas sebab tidak fokus pada program ini kerana saya fokus pada program saya yang ini kerana ianya lebih pasif income dan bersifat long term ;)

Tips Mudah Buat Duit Di Internet

Dan sekiranya anda turut mempunyai perniagaan anda sendiri dan menggunakan FB sebagai medium pasaran anda, saya saranakan anda gunakan tool BZEarn ini kerana ianya bukan sahaja memberikan anda income, tetapi membantu biz anda dengan tool Robot Autopost didalam program ini

Tips sebelum join program jana wang online
Carilah program yang high demand atau membantu memudahkan kerja orang lain dan mempunyai produk yang jelas. Bukan program 4D yang anda sendiri tidak tahu produk apa yang disandarkan dan daripada mana duit anda itu terhasil

Good Luck

Nak cari duit sampingan di internet tapi tak tahu bagaimana? Klik sini

Kerja Pengurusan Email Pn Masnah

Kerja Pengurusan Email Pn Masnah

Testimoni Kerja pengurusan email

Pastinya anda yang berjaya sampai ke blog ini ingin mengetahui berkenaan program 'Kerja Pengurusan Email' yang diperkenalkan oleh Pn Masnah bukan?

Tertarik nak join kerja pengurusan email tersebut tetapi was-was sebab perlu keluarkan modal?

Saya seperti anda pada mulanya, rasa seperti hendak menyertai program pengurusan email tersebut. Tetapi ada satu tanda tanya yang bermain di fikiran saya. Persoalannya adalah?
"Mengapa ramai sangat yang mempromosikan program ini di web web pengiklanan, di Facebook, di blog? Sedangkan jika dilihat pada nama programnya iaitu 'Kerja Pengurusan Email', tentulah hanya bekerja menggunakan email untuk buat duit daripada program ini. Tetapi mengapa terlalu ramai yang mempromosikan link program ini???


Setelah saya google berkenaan program ini, akhirnya saya dapat jawapannya kenapa ramai yang mempromosikan program pengurusan email ini.

Nampak seperti mudah bukan? Hanya perlu mengurus email, iaitu hanya reply email yang masuk ke dalam inbox dan anda akan dapat pendapatan daripadanya. Sangat mudah!

Cara mudah ganda wang simpanan

Tapi tahukah anda untuk mendapatkan email tersebut masuk kedalam inbox anda, anda perlu melakukan sesuatu. Anda nak tahu apa yang perlu dilakukan?
Anda perlu mempromosikan link kerja pengurusan email anda tadi.
Contoh linkhttp://bozzv6.net/pengurusemail6589

Daripada apa yang saya faham, seseorang itu akan mendapat RM30 untuk satu email yang berjaya di urus. 3 email bermaksud RM90. Jika anda baca di mana-mana web pengurusan email tersebut, anda akan perasan ayat seperti dibawah
'Anda dijamin dibayar serta merta untuk setiap email triplet yang anda uruskan'

Apa maksud Triplet. Triplet adalah Tiga. Jadi 3 email atau 1 email triplet yang berjaya diurus anda akan dibayar sebanyak RM90. Maka, jadi lah ayat seperti diatas.

Seseorang pengurus email itu akan mendapat email cookies apabila ada orang yang menyertai program ini melalui link yang dipromosikannya.

Testimoni kerja pengurusan email

Bagaimana 1 email dibayar RM30? Mudah... Pembahagian keuntungan 50-50. Admin pengurus email iaitu Pn Masnah dapat RM30, Pengurus email dapat RM30. Bila ada 3 pendaftaran, maka akan ada 3 email cookies yang masuk kedalam inbox anda. Dan seterusnya anda akan dibayar RM90.

Jika anda faham apa yang sya ceritakan diatas, anda akan faham bagaimana buat duit dengan kerja pengurusan email ini. Jika tak faham saya terangkan dibawah.

Memang kerja anda mudah iaitu hanya forward/reply email cookies. Tetapi untuk mendapatkan 1 email cookies anda perlu membuat promosi atau mengajak orang lain menyertai program ini dan orang tersebut perlu membuat pembayaran didalam program ini.

Disebalik kerja mengurus email. Tugas utama yang perlu dilakukan adalah...
PROMOSI...
PROMOSI..
PROMOSI...

Atau

CARI ORANG...
CARI ORANG...
CARI ORANG...

Sekarang anda nampak?

Saya tak kata program ini salah. Tetapi jika anda ingin menyertai program ini, tetapi anda tak suka cari orang atau tak suka promosi. Jangan join. Sebab tanpa promosi anda tak dapat buat duit dengan program ini.

Secara logik daripada mana Admin Kerja Pengurusan Email ni nak bayar kepada anda RM30 untuk 1 kerja pengurusan email yang sangat mudah. Jawapannya, dia kenalah dapat duit dahulu RM60 daripada pengurus  email yang baru untuk bayar kepada anda RM30 :)

Jika anda seorang yang 'otak bisnes', anda akan nampak dimana kekuatan program ini dan anda akan nampak Pn Masnah seorang yang bijak dimana dia pandai mempengaruhi pemikiran orang lain walaupun program ini tiada produk. Hanya buat duit semata-mata :)


BUAT DUIT DENGAN UBER

Buat Duit Tanpa Perlu Cari Orang

Buat Duit Di Internet Tanpa Perlu Cari Orang

Nak cari duit sampingan di internet, tapi tak suka nak cari-cari orang.
Salah satu caranya menggunakan blog. Buat blog lepas tu letak iklan Nuffnang, orang klik dapat duit. Tapi nak buat blog tak tahu, lepas tu kena update setiap hari. Leceh dan tak banyak masa.

Baru-baru ni saya ada terjumpa satu biz yang agak menarik produk dia. Sebelum saya join, saya tak tahu pun yang biz ni boleh dapat duit walaupun tak cari orang atau menaja. Memang saya tak cari orang pun dan saya tak promote pun biz tu. Sebab saya tak suka cari-cari orang. huhu.. Al kisah pada suatu hari, saya dapat satu SMS. bentuk SMS dia lebih kurang macam ni

Buat duit tanpa perlu cari orang

Saya agak terkejut dapat SMS tersebut. Bila saya baca balik SMS tersebut, baru saya tahu SMS tersebut daripada biz yang saya join baru-baru ni. Sangat terkejut sebab saya memang tak cari orang atau tak promote langsung. Masuk akaun, cek memang tak ada dowline atau orang yang daftar bawah saya. Baru saya tahu dia punya plan pemasaran dia membolehkan kita mendapat downline secara percuma walaupun tak menaja.

Di bawah saya tunjuk screenshot akaun saya yang tak ada downline tetapi saya tetap ada orang di bawah saya.


Di atas adalah screenshot 'Member List' saya. Maksudnya downline..... 0

Tapi dalam rangkaian saya..... Seperti dibawah

Bisnes duit tanpa perlu cari orang

Baru saya tahu saya dapat network daripada upline yang rajin menaja atau cari orang.

Komisyen yang saya dapat tak la banyak. Dah nama pun tak menaja. Harap orang atas je, kalau saya menaja banyak la kan dan kalau ada rangkaian saya tu aktif menaja.

Mengenai produk dia pula. Memang menarik. Produk dia mengenai tool yang dapat membantu seseorang itu membuat promosi seperti Autopot di di Facebook, Bulks SMS (Penghantaran SMS secara pukal), Email marketing. Jika dilihat produk dia memang sangat sesuai untuk mereka yang ada buat biz ni internet. Tak ada biz pun boleh. Sebab anda boleh jadikan program ni sebagai biz anda.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai program ni klik link di bawah

Update :

Jika pada Jun 21 yang lepas, income saya adalah RM20.80. Pada update ini ditulis, income saya telah mencapai RM38.10


Sikit kan?? Memanglah sikit, sebab saya tak promote langsung :P
Nak banyak kena promote. Nampak gaya kena promote ni. Ada potensi biz ni. huhu

Dibawah adalah perubahan pada geneology rangkaian saya. Ada 3 ahli baru yang saya pun tak tahu bila masa mereka muncul :P

Buat Duit Sampingan tanpa perlu cari orang

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, layari


Update : Oktober 2014

Income naik agak memberansangkan. Baru-baru ini saya buka akaun bzearn ni setelah mendapat mesej bahawa ada yang mendaftar di bawah rangkaian saya (Langsung tak promote di FB)

Bulan Jun, income saya RM20.80
Bulan Julai, RM38.10
Bulan Oktober RM137.70


 Alhamdulillah, ada rezeki saya disini.

Bila saya periksa dari mana datangnya income yang begitu banyak, ianya datang dari marketing pelan program ini sendiri. Bukan semata-mata dari sponsor bonus.

Kami sudah tidak mengesyorkan program ini kerana produk yang ditawarkan sudah TIDAK BERFUNGSI
Harap Maklum

Cara mudah ganda wang simpanan

Jana Pendapatan Sampingan

Jana Pendapatan Sampingan Dari Rumah PERCUMA

jana pendapatan sampingan percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana melawat blog ini. Anda yang berjaya sampai ke blog ini pastinya ingin mencari peluang yang membolehkan anda menjana pendapatan sampingan dari rumah.

Didalam blog ini saya akan kongsikan satu peluang dimana anda boleh menjana pendapatan secara sampingan hanya dari rumah dan paling menarik ianya adalah percuma. Ops. Walaupun ianya percuma, peluang yang ingin saya kongsikan ini telah memberikan pendapatan beribu ringgit kepada mereka yang menyertainya dan ada yang menjadikan peluang ini sebagai sumber pendapatan utama mereka.

Ramai di antara kita ingin mencari sumber pendapatan kedua melalui online, tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana caranya. Termasuk juga saya. Yang lebih menyedihkan, telah banyak wang dihabiskan dengan menyertai berbagai program jana pendapatan online tetapi tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Peluang yang ingin sya kongsikan ini adalah program AFFILIATE. Mungkin ada yang pernah mendengar perkataan Affiliate ini tetapi tidak kurang juga yang tidak pernah.

Program Affiliate ini adalah program dimana kita akan menerima komisyen atas jualan
yang dilakukan dimana program Affiliate ini menjurus kepada produk digital seperti E-Book.
Contohnya, kita memasarkan produk e-book bertajuk
'TEKNIK MENJANA PENDAPATAN ONLINE'
yang berharga RM50. Komisyen untuk setiap e-book yang terjual adalah 10% iaitu RM5. Bayangkan jika sehari, kita berjaya menjual 10 unit e-book, komisyen kita sudah pun RM50 sehari.
Hanya 1 e-book, jika 5 e-book?

Persoalannya disini adalah :
1. Dimanakah sumber yang membolehkan kita mendapat e-book e-book ini?
2. Bagaimana caranya untuk kita memasarkan produk affiliate ini seterusnya menghasilkan jualan?

Semua ini akan dikongsikan didalam program kelolaan Tuan Gobala Krishnan, seorang Internet Marketer (IM) yang terkenal.

Didalam program beliau, 2 persoalan diatas akan terjawab dan yang penting penyertaan anda adalah percuma.

Sekiranya anda serius untuk belajar cara menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate ini.
Program ini tidak harus anda lepaskan. Klik banner dibawah untuk mendaftar

jana pendapatan sampingan percuma

Jana Pendapatan Online 2013

Jana Pendapatan Online 2013 Dengan Iklan

Peluang jana pendapatan tambahan sambil berfacebook dengan menjadi agen pengiklanan.
Klik banner dibawah untuk maklumat lanjut


Step2Rich

Jana Pendapatan Dengan Step2Rich

Step2Rich merupakan sebuah program pengiklanan yang menarik. Ini kerana program pengiklanan Step2Rich ini bukan sahaja mengiklankan perniagaan atau produk anda, malah anda turut berpeluang menjana pendapatan daripada program ini.

Step2Rich tiada beza dengan pengiklanan berbayar yang lain dimana anda tetap perlu membuat pembayaran untuk beriklan, tetapi dengan Step2Rich dengan beriklan di sana, anda secara automatik menjadi agen affiliate program pengiklanan tersebut dimana jika ada individu lain yang turut ingin beriklan di Step2Rich dan mereka beriklan (daftar) menggunakan link affiliate anda, anda akan mendapat komisyen.

Kelebihan Beriklan Dengan Step2Rich

2 Dalam 1 - Dengan menjadi ahli Step2Rich, anda boleh mengiklankan perniagaan atau produk anda dan dalam masa yang sama menjana pendapatan sampingan.

Produk yang menarik - Step2Rich menyediakan servis pengiklanan. Di Malaysia sahaja terdapat ramai yang menjalankan perniagaan. Semestinya mereka ingin mengiklankan perniagaan mereka. Dengan hanya bayaran RM25, ianya lebih daripada berbaloi! Jika hanya 10% pengusaha beriklan menggunakan link anda... $$$
Bukan itu sahaja, dengan beriklan di Step2Rich, produk dibawah bakal menjadi milik anda. Menarik??
Produk dibawah bukan produk murahan ok.

Produk Step2Rich

Pelan Pemasaran Step2Rich

Step2Rich mempunyai pelan pemasaran yang menarik kerana menggunakan konsep Matriks 5X5.
Dengan konsep Matriks ini, tidak mustahil anda tetap mampu menjana pendapatan walaupun tidak menaja!!

Pelan Pemasaran Step2Rich

Bagaimana sistem matriks bekerja?
Setiap ahli hanya boleh memiliki 5 ahli sahaja dibawah mereka. Untuk ahli yang seterusnya akan dibawa kebawah sehingga 5 level dimana anda akan mendapat komisyen sehingga lima level walaupun downline tersebut bukan tajaan anda.

Jana Pendapatan Dengan Step2Rich

Ingin beriklan???
Ingin jana pendapatan sampingan???

Buat Duit Dengan Program RM20Segera



Buat Duit Dengan Program RM20Segera

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini saya ingin berkongsi satu peluang yang mungkin dapat membantu seseorang itu menambah sedikit sumber pendapatan menggunakan medium internet. Program yang saya maksudkan adalah Program RM20Segera

Program RM20Segera saya ibaratkan sebagai satu program yang membantu mereka yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan. Ini kerana kerana hanya bermodalkan RM20 sekali seumur hidup, anda berpeluang untuk menambah pendapatan anda... Dan komisyennya adalah 100%. Disini saya beranggapan modal RM20 itu hanya sebagai upah kepada pengasas Program RM20Segera kerana telah berusaha mewujudkan Program RM20Segera yang dapat membantu mereka yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan.

Program RM20Segera ini sangat mudah untuk dilakukan. Hanya promosi. Didalam apa juga jenis perniagaan, promosi adalah kunci kepada kejayaan didalam sesebuah perniagaan yang dijalankan. Saya bukan Internet Markerter yang telah menjana ribuan ringgit daripada internet. Tetapi daripada pengalaman-pengalaman saya yang lalu, juga kegagalan saya yang lepas, itulah yang dapat saya simpulkan.



Dapatkan akaun RM20SEGERA anda secara PERCUMA hari ini

Anda bernasib baik kerana menjumpai laman ini. Ini kerana saya ingin memberikan anda akaun RM20SEGERA ini kepada anda secara percuma tanpa perlu membayar RM20. Bagaimana untuk mendapatkan akaun RM20SEGERA ini secara percuma? Ikut langkah dibawah

1. Klik pada link dibawah

2. Klik pada 'Daftar Percuma'

3. Isikan butiran yang diminta di dalam borang seperti dibawah. Pastikan penaja adalah 'amry85'

4. Log-in semula menggunakan username dan password yang telah anda setkan tadi.

5. Klik pada 'Klik Sini Untuk Mengaktifkan Keahlian Anda'

6. Skip bahagian bayaran (Langkah 1)
Klik LIKE di page LUBUK REZEKI (Wajib)

https://wadiahtrading.com//index.php?refer=signup


7. Hantar SMS kepada saya mengikut format dibawah
<RM20SEGERA> <USERNAME> <LUBUK REZEKI>
ke
017-4614328

8. Tuliskan 'LUBUK REZEKI' pada bahagian 'BUTIRAN TRANSAKSI' dan klik pada
'HANTAR PENGESAHAN BAYARAN'

9. Pada Page 'LUBUK REZEKI', pada bahagian mesej, tuliskan 'RM20SEGERA PERCUMA'


10. Tunggu akaun RM20SEGERA anda diaktifkan dan mula jana pendapatan dengan RM20SEGERA.

perniagaan Online Mudah??

perniagaan online

Perniagaan Online Mudah

Ramai yang ingin menjana pendapatan di internet. Kononnya mudah, senang, tak perlu keluar rumah, tak perlu berjumpa orang, boleh jana puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan, hanya perlu berkerja 2 hingga 3 jam sahaja sehari di hadapan komputer dan lain-lain lagi.

jana duit online

Benarkah perniagaan online ini sesuatu yang mudah dan mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada mereka yang menjalankan perniagaan online ini?

Sememangnya tidak mustahil untuk menjana pendapatan dari perniagaan online ini, tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Memang betul mudah untuk melakukan perniagaan online, hanya perlu mengadap komputer saban hari dan tidak mustahil 2 3 jam sehari sudah mampu memberikan pulangan.

Namun untuk menjadikan perniagaan online itu mudah, ianya memerlukan teknik dan cara yang betul untuk melakukannya. Bukan hanya sekadar merenung screen komputer. Dan untuk mencapai kerja 2 3 jam sehari, anda memerlukan 24 jam, malah sebulan dan tidak mustahil bertahun sebelum itu untuk mencapai jumlah kerja seminima itu.



Ilmu Pemasaran | Marketing Plan

Sebelum menyertai atau menceburkan diri dalam mana-mana perniagaan, perniagaan online khasnya, perniagaan konvensional amnya, anda perlu mempersiapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu pemasaran. Ilmu pemasaran adalah sesuatu yang menjadi kemestian didalam apa juga jenis perniagaan yang dijalankan. Ilmu perniagaan boleh didefinisikan meletakkan perniagaan itu dikhalayak ramai. Tanpa ilmu pemasaran, perniagaan itu tidak akan kemana.

Wang Adalah Masa | Masa Adalah Wang

Betul untuk memulakan perniagaan, memerlukan modal. Modal seringkali berbentuk wang. Tetapi jangan anda sia-siakan wang anda jika anda belum bersedia. Wang berkait rapat dengan masa. Jika anda mengeluarkan wang anda untuk dijadikan modal perniagaan dan perniagaan itu gagal, ia sama seperti anda membazirkan masa anda. Jadi sebelum menyertai mana-mana perniagaan, persiapkan diri dengan ilmu-ilmu perniagaan dan seterusnya barulah melangkah ke alam perniagaan. Tatkala perniagaan itu berjaya, masa yang telah anda habiskan untuk mempelajari tentang selok belok perniagaan itu akan berbayar.

Jangan Terpedaya

Nasihat saya kepada anda yang baru ingin atau teringin menjana pendapatan di internet, jangan pandang perniagaan itu pada perkataan mudah, tetapi pandanglah bagaimana untuk menjayakan perniagaan itu terlebih dahulu. Jangan terlalu taksub dengan janji-janji manis pendapatan lumayan yang bakal dikecapi kerana................. Janji-janji manis itu adalah salah satu ilmu pemasaran pada mereka yang menjalankan perniagaan tetapi perangkap pada mereka yang terlalu taksub untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Perniagaan online mudah?
Tidak!