Applikasi Duit Betul Atau Tipu

Applikasi Duit Betul Atau Tipu?



Adakah anda pembeli Applikasi Duit atau tengah tengah Google "Cara cara mudah buat duit" terjumpa web Applikasi Duit.

Jika anda telah membeli Applikasi Duit... Dah buat duit ke atau dah berapa banyak n pantas anda buat duit dari Applikasi Duit?

Jika anda terfikir fikir baru untuk membeli Applikasi Duit dan terjumpa halaman ini, persoalan yang bermain di fikiran anda tentu
"Betul ke hanya dengan Install applikasi Duit di handphone, klik klik 2 3 klik, duit terus mengalir ke akaun bank macam air dalam tempoh 24 jam???"
(Sebenarnya saya pernah terfikir soalan tu pertama kali terjumpa dan baca content dalam web tersebut.. hehehe)

HAKIKATNYA........
Mana ada dengan klik 2 3 klik, duit terus mengalir beribu ribu ringgit masuk ke akaun bank dalam tempoh 24 jam...
Tahu tak web Applikasi Duit tu telah "dijampi serapah" oleh ayat COPTWRITING yang
SUPER DUPER POWER!
Jika anda masuk web tersebut dan anda baca isi kandungan web tu dari atas sampai ke bawah tanpa miss satu perkataan pun, anda akan terbuai seolah olah dipukau terutama jika anda sedang mengalami masalah kewangan dan sedang mencari income tambahan..
Kalau yang tak fikir panjang memang akan terus beli le walau dalam poket cuma ada RM500.
Mana tak nya, dalam tempoh 24 jam terus mengalir duit dalam akaun bank tanpa henti. huhu

Apa Sebenarnya Applikasi Duit?
Macam mana buat duit dengan Applikasi Duit ni?
Dari mana datang duit yang hanya perlu 2 3 kali klik je ni?

Applikasi Duit ni akan jadi BETUL sekiranya...
ANDA SEORANG PENIAGA ONLINE YANG INGIN MENINGKATKAN SALE
yang mana kerja kerja promosi ni dah jadi darah daging anda!

Applikasi duit ni akan jadi TIPU sekiranya...
ANDA JENIS PEMALAS NAK HARAP DUIT TURUN DARI LANGIT GOYANG KAKI TAK BUAT APA APA DALAM TEMPOH 24 JAM!

Applikasi duit ni bukan mesin tarik duit dari orang yang tak bayar cukai derrrrr... Atau TOYOL berbadan hijau yang pandai teknologi..
Applikasi duit ni adalah TOOL MARKETING yang membantu peniaga online untuk up sale menggunakan Applikasi ni.

Macam anda pejalan kaki la... nak ke satu tempat yang jauh.. Anda di beri motor. Motor itu memudahkan anda sampai ke tujuan.
Tapi kalau anda tak ada tujuan dan memang tak mau kemana mana, cuma duduk saja atas motor tu, disitu je lah motor tu berganjak pun tak.

Applikasi Duit ni umpama motor tu leeeee lebih kurang cerita...

Jadi jika nak duit dari Applikasi Duit ni, anda WAJIB BUAT PROMOSI YANG TAK DICERITAKAN DI DALAM WEB TU. Ini part yang sengaja tak di ceritakan..
Kalau cerita, berhuhuhu la sebab tak ada yang nak beli. Dah lah rakyat malaysia ni cukup pantang dengar perkataan kena buat promosi atau cari orang. kikikiki

Kalau pun anda tiada produk sendiri, Applikasi Duit ni lah produk anda iaitu dengan promosikan Applikasi Duit ni.. Jadi Affiliater.
Bila ada yang beli Applikasi Duit ni dari link anda, baru la duit masuk ke akaun bank anda, itu pun hanya komisyen saja maaaa.... Jadi nak duit banyak kena rajin promosi. hehe.

Applikasi Duit ni dah lama jumpa.. Yang baru timbul yang hampir sama dengan Applikasi Duit adalah JutawanApp.com
JutawanApp.com JAMPI SERAPAH DIA LAGI POWER.. Sebab tu kot dia lebih mahal dari Applikasi Duit... Hihi..



SIAPA YANG HARUS DI PERSALAHKAN DALAM HAL INI??

Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? (Macam dialog P.Ramlee bujang lapok pula. LOL)
Si pembuat Web Applikasi Duit juga Web JutawanApp yang tak ceritakan hal yang sebenar
atau...
Si pembeli yang mudah terbuai dengan ayat ayat manis jualan dan berharap duit jatuh dari langit??

Kalau dah nama berniaga atau sales promoter.. Senjata utama ayat promosi der kalau bisnes online.
Ayat promosi kena power kalau boleh waktu orang baca tu, orang tu akan "cair" macam aiskrim di tengah terik matahari..
Kalau offline mulut kena pum pang pum pang ramah, kena ada keyakinan diri yang tinggi kena ada penampilan diri yang kemas untuk yakinkan si bakal pembeli....

Cuba ayat Ceroiii... "Nafsu" si bakal pembeli pun ke laut walaupun produk atau servis A++++++++

Cumanya content dalam web Applikasi Duit dan JutawanApp ni terlalu Over kotttt... Yang manis manis belaka di ceritanya... Yang masam masam dia simpan tepi.. Hanya cerita point buat duit semata-mata.. Untuk apa dan bagaimana applikasi berfungsi haram tak cerita.

Yang si pembeli pula... Yang rakus sangat percaya bulat-bulat yang duit boleh masuk macam air lepas 24 jam dengan 2 3 kali klik dalam tempoh 24 jam wat per... Cer fikir logik dulu dari mana datang duit tu... Kalau tak pun, search search dulu dengan pakcik Google kot terjumpa blog abam ni.. huahuahua.. Kalau anda memang tak kisah buat kerja kerja promosi ni, ok la. kot memang boleh dapat hasil dari Applikasi duit atau JutawanApp.. Yang tak pernah?? Yang tak tau pun apa maksud Affiliate... Jem terus.. menyumpah seranah orang lain.. Diri sendiri punya silap, tak nampak! Macam yang kat bawah ni...


Bukan senang der nak senang..... Abam dah lalui banyak dah benda2 ni. Cer tengok blog abam yang bersawang ni.. macam macam benda abam cuba... Disinilah abam bermula dan belajar nak buat duit goyang kaki.. hehehehehe..
Kalau memang nak buat duit hanya dari rumah goyang kaki income puluh ribu sebulan... mau kena ada cara la mau ada usaha walaupun zahiriah goyang kaki... Tukang jahit pun goyang kaki juga kat umah, tapi dia usaha.. Duduk kat tikar sejadah tadah tangan 24 jam pagi ke malam pun minta murah rezeki, dari mana datang rezeki kalau tak cari???

Kesimpulannya...
PANDAI PANDAI LA NAK HIDUP!
HIDUP TAK SEINDAH TAK SEMUDAH YANG DI HARAP!

Teknik Baru Beriklan Di Facebook

Cara Mudah Beriklan di Facebook


Cara mudah beriklan di facebook

Facebook adalah salah satu medium pengiklanan utama yang digunakan oleh orang ramai pada hari ini. Tak kira orang tu orang persendirian atau syarikat syarikat besar. Ini kerana Facebook adalah media sosial yang mempunyai ramai pengguna... Tak dapat dinafikan lagi. Malah sehingga ada yang menjadi Facebook addict kerana hampir keseluruhan masanya menghadap Facebook. Apalagi dengan kemudahan access Facebook menggunakan Handphone menjadikan Facebook sentiasa dipenuhi pengunjung atau pengguna Facebook ini.

Jika syarikat syarikat besar pastinya mereka menggunakan Facebook Advertising atau pengiklanan berbayar Facebook untuk mereka beriklan. Apa nak hairan, nama pun syarikat besar.. Semestinya lah mereka memperuntukkan sebahagian modal untuk mereka beriklan di Facebook.

Orang orang atau usahawan usahawan online persendirian ada juga yang menggunakan pengiklanan berbayar Facebook ini, tetapi tidak berapa ramai. Ini kerana untuk beriklan melalui pengiklanan berbayar, jika tidak menggunakan strategi.. Pengiklanan yang dilakukan tidak akan covert kepada sale. Lebih memburukkan keadaan, kos pengiklanan yang perlu dibayar menjadi tersangat mahal. Sebab itu jika anda perasan, ada pakar pakar pemasaran Facebook menjual Ebook atau kelas facebook marketing untuk mengajar teknik yang betul untuk beriklan di Facebook.

Disebabkan untuk beriklan menggunakan pengiklanan berbayar ini memerlukan modal, jadi kebanyakan usahawan usahawan online Facebook ini menggunakan alternatif lain untuk beriklan yang tidak memerlukan modal yang tinggi atau langsung tidak memerlukan modal. Antaranya menggunakan wall facebook mereka sendiri, Group group pengiklanan atau melalaui FanPage FanPage Facebook.

Walaupun penggunaan wall facebook, group dan FanPage ini tidak memerlukan bayaran. Ianya tetap memerlukan teknik yang betul untuk anda memasarkan produk atau perniagaan anda. JIka tidak usaha anda hanyalah sia sia kerana tidak ada orang yang melihat iklan anda tadi. Jika ada hasil pun, hanya cukup cukup makan. Dan perlu anda tahu, penggunaan wall Facebook, group atau Fanpage yang percuma ini, memerlukan anda berusaha lebih berbanding pernggunaan iklan berbayar kerana anda perlu mengiklankan sendiri produk atau perniagaan anda supaya ramai orang melihat iklan anda tadi.

Di bawah adalah beberapa tips sekiranya anda memilih 3 medium di atas untuk anda beriklan di Facebook.
Wall Facebook : Untuk menhasilkan jualan daripada pengiklanan anda di Wall Facebook anda, anda perlulah mempunyai rakan yang ramai Sekurang kurangnya 2500-3000 Friend. Jika rakan Facebook anda hanya ada 100-200 orang memang susah nak buat sale.
Group pengiklanan percuma : Pilih group group pengiklanan yang mempunyai ramai ahli dan pastikan group tersebut aktif. Jika sebaliknya, post iklan ada tidak akan mendapat sebarang response daripada ahli ahli group..
FanPage : Lebih kurang macam Wall Facebook, tapi lebih kepada produk atau perniagaan yang dijalankan. Pun kena ada ramai Fan. Kalau tak susah juga...

Ramai yang susah nak buat sale melalui ketiga tida cara di atas sebab tak ramai Friends, join group yang tak ramai ahli dan tak aktif dan tak pandai buat Fan Page.. Di tambah selalu sibuk dan tak up iklan secara consistence. Memang susah nak dapat sale lah.

Untuk atasi masalah selalu sibuk, maka wujudlah applikasi Autopost iaitu applikasi yang dapat up post anda secara automatik. Cuma setkan sahaja bila nak post. Walaupun dapat post iklan secara auto tak kira di wall Facebook, group atau FanPage ianya tetap mempunyai kelemahan iaitu akaun facebook mempunyai risiko untuk di block oleh Facebook jika terlalu kerap post. Sehinggakan ramai akaun pengguna Facebook di block disebabkan Applikasi ini. Sekarang masih ada yang menawarkan Applikasi ini.

Selari dengan masa.. Selapas Applikasi Autopost yang diwujudkan untuk membantu pewnggunakan Facebook beriklan, kini timbul pula satu Applikasi yang lebih menarik yang sememangnya dapat meningkatkan sale jualan anda di Facebook. Saya sendiri telah mendapatkan applikasi ini dan ianya ternyata sangat membantu untuk meningkatkan sale di Facebook. Yang lebih menarik ianya tidak memerlukan teknikal yang tinggi seperti applikasi Autopost dahulu yang mana anda perlu bermain coding. Dengan applikasi ini anda hanya perlu copy paste sahaja...

Applikasi ini di panggil
APPLIKASI VIRAL
 Pasti anda tahu apa maksud viral kan?
JAdi bagaimana applikasi ini menjadikan iklan anda Viral di Facebook?
 Kalau nak tahu.. KLIK SINI




Buat Duit Applikasi Uber

Buat Duit Dengan Applikasi Uber


Anda tahu apa itu Uber atau Uber Taxi?
Satu applikasi yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan pengangkutan khususnya kereta atau teksi dengan hanya dari Handphone sahaja.

Jika dahulu, sesiapa yang ingin mendapatkan teksi perlu menunggu di tempat tempat tertentu seperti di stesen bas atau menelefon mana mana driver teksi untuk mendapatkan Teksi. Kini dengan applikasi Uber ini, orang ramai boleh mendapatkan teksi (Sebenarnya bukan teksi) dengan hanya menggunakan applikasi di handphone sahaja. Buka applikasi Uber di Handphone, cari driver Uber yang berdekatan dan anda akan di jemput dari rumah.... Menarik bukan?


Yang lebih menarik... Harga perkhidmatan Uber ini lebih murah berbanding harga perkhidmatan yang dikenakan oleh teksi berdaftar.

Sebab itu jika anda mengikuti berita semasa, banyak negara termasuk Malaysia memboikot Uber. Ini kerana Uber memiliki banyak kelebihan dari segi servis juga cas perkhidmatan perkhidmatan teksi berdaftar.


Ini lah arus perkembangan teknologi... Segalanya mampu dicapai hanya dihujung jari...

Post ini admin bukan nak cerita baik buruk Uber...
Kalau nak cerita baik buruk... Penumpang pasti akan kata Uber lebih bagus....
Klau tanya pemandu teksi, mereka pasti akan mengecam pemandu Uber ini...

Dalam post ni admin nak berkongsi satu rahsia buat duit dengan applikasi Uber.
Jika anda ada kenderaan khasnya Kereta. Dah tentu anda boleh buat duit dengan applikasi ini...
Mana taknya, hanya download applikasi Uber ni, register as Driver dan anda sudah boleh buat duit sampingan.. Modal hanya duit minyak sahaja.

Itu jika anda ada kereta? Jika tak ada?
YES. Anda masih mampu buat duit dengan applikasi Uber ini...
Tak perlu ada kereta... Tak perlu jemput penumpang... Tak perlu kena kecam... Tak perlu takut dengan SPAD... Tak perlu sangkut dengan Jem. Cukup sekadar ada handphone dan ada applikasi Uber di dalam Handphone anda, anda sudah boleh buat duit...

Apakah applikasi Uber
Malah potensi pendapatan yang bakal diperolehi dari applikasi Uber ini boleh tahan lumayan sehingga ada orang boleh buka Restoran hasil dari Applikasi Uber ini. Orang itu adalah Tuan Nik Razman. Beliau hanya menggunakan Applikasi Uber yer... Bukan pemandu Uber... Dan peluang ini sebenarnya diberikan oleh pihak Uber sendiri... Bukan Hacking atau curi duit atau apa..

Jika anda student... Suri rumah sepenuh masa... penganggur atau sesiapa sahaja yang memiliki Smart Phone yang ingin cari duit sampingan, boleh la cuba buat duit dengan applikasi Uber ni... Mungkin ini rezeki anda...

Nak tahu cara bagaimana buat duit dengan Applikasi Uber ini tanpa menjadi pemandu Uber... Klik banner di bawah. Tuan Razman akan kongsikan caranya....

http://RahsiaUber.com/?ref=signup1