Jurutaip sambilan dari rumah
![]() |
| Kerja Jurutaip Sambilan Dari Rumah |
Jurutaip Sambilan Di Rumah
Sekiranya anda sedang mencari kerja sambilan di rumah atau bekerja dari rumah, anda pasti pernah terjumpa iklan yang menawarkan pekerjaan sebagai jurutaip sambilan dari rumah yang menawarkan pendapatan sehingga 15K seminggu atau lebih berpandukan kuantiti iklan yang anda siapkan? Skop pekerjaan adalah dengan menulis iklan yang diminta oleh pelanggan dan mengiklankan iklan tersebut melalui email.
Tahukah anda bahawa kerja menaip sambilan itu sebenarnya adalah satu penipuan? Memang benar anda perlu melakukan kerja-kerja menaip, menaip perkataan untuk menjadikan laman web yang sama seperti mana anda terjumpa didalam laman web yang anda sertai dahulu, itulah kerja anda. Pendapatan anda pula bukanlah berdasarkan kuantiti iklan yang anda taip atau siapkan atau iklankan.... TETAPI......... Pendapatan anda berdasarkan berapa ramai orang yang akan MENYERTAI anda dimana setiap penyertaan anda akan mendapat nilai yang sama seperti mana anda bayar untuk anda memulakan kerja menaip ini dahulu. RM20...RM30...RM50 satu penyertaan.


Dengan kata lain, KERJA JURUTAIP SAMBILAN ini bukanlah kerja sambilan tetapi penipuan terhadap mereka yang ingin mencari wang tambahan. Modus operandi mereka adalah membuat laman web yang kelihatan seperti laman web rasmi sesebuah syarikat yang menawarkan kerja sebagai jurutaip dari rumah. Untuk memulakan kerja tersebut anda diminta untuk membuat bayaran terhadap mereka iaitu bayaran pakej latihan yang disediakan.
TIDAK ADA SATU KERJA PUN YANG MEMINTA ANDA MEMBAYAR UNTUK MEMULAKAN SATU-SATU PEKERJAAN.
Pakej latihan yang mereka maksudkan adalah mereka akan terangkan bagaimana untuk membina laman web secara percuma seperti laman web mereka yang anda jumpa sebelum ini dan iklankan laman web tersebut. Pendapatan anda adalah berdasarkan berapa ramai yang menyertai anda. Orang sebelum ini menipu anda, seterusnya, anda pula menipu orang lain untuk mendapat keuntungan.
Tak percaya???
- Taip jurutaip sambilan di Google dan klik setiap senarai yang keluar. Perhatikan alamat laman web mereka setiap satu yang berbeza tetapi menawarkan kerja yang sama. :)
- Perhatikan pula cara bayaran atau cara menghubungi mereka. Bukankah cara bayaran adalah menerusi akaun bank peribadi, email adalah email peribadi??
- Testimoni - Betulkah itu testimoni dari mereka yang telah menyertai "kerja jurutaip tersebut" Itu hanya penipuan, mana gambar mereka yang memberikan testimoni dan yang paling penting mengapa tidak diberikan cara untuk menghubungi mereka. Sekali lagi, ayat testimoni boleh DIREKA!
- Dimana banggunana pengoperasian mereka? Nama syarikat? No pendaftaran syarikat??
---------------------
Entry ini diterbitkan adalah untuk mengelakkan lebih ramai orang ramai yang sebenar-benarnya ingin mencari wang tambahan dari rumah ditipu. Masih banyak cabang untuk mendapatkan wang di internet selain daripada menipu

