Autoresponder Percuma Malaysia

Autoresponder Percuma Terbaik Di Malaysia

Sistem autorespoder percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anda yang terjumpa entry ini rasanya tentu sedang tercari cari sistem autoresponder bukan?
Dan anda yang sedang mencari sistem autoresponder ini tentulah sudah tahu akan kegunaan dan peri pentingnya sistem ini dalam membantu anda menjana pendapatan di internet.

Sekiranya anda masih baru dalam dunia perniagaan online, baru nak belajar, baru nak menapak dan baru nak belajar tentang sistem autorepsonder ini,
saya amat sarankan anda menggunakan sistem autoresponder emelmatik.

Dengan sistem autoresponder emelmatik ini, anda tidak perlu risau akan bayaran kerana ianya mempunyai tempoh percubaan selama satu tahun. Ya, anda boleh menggunakan sistem autoresponder ini selama setahun tanpa sebarang bayaran. Dan yang menariknya, autoresponder emelmatik ini dihasilkan oleh anak Malaysia iaitu seorang lelaki berbangsa cina bernama Boon Lee.

Saya sendiri menggunakan sistem autoresponder emelmatik ini dan daripada pengalaman saya, sistem autoresponder emelmatik ini tidak kurang hebat dengan sistem sistem autoresponder berbayar daripada luar negara seperti Trafficwave dan Aweber. Sistem penghantaran emailnya pantas, tidak seperti autoresponder percuma yang lainnya yang pernah saya gunakan dimana sistem penghantaran emailnya langsung tidak cekap. Berbeza dengan emelmatik

Selain daripada itu, sistem support daripada admin juga super pantas. Admin akan segera membantu anda sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan berkenaan sistem autoresponder ini.

Jadi sekiranya anda masih didalam proses pembelajaran dan tidak mempunyai bajet bulanan yang tinggi, saya amat sarankan anda menggunakan emelmatik. Selain dapat menggunakannya secara percuma, dalam masa yang sama anda dapat belajar dengan lebih mendalam berkenaan sistem autoresponder dan bagaimana ianya bekerja untuk anda.

Untuk mendaftar sebagai pengguna emelmatik, klik link dibawah.
 

Tips Mudah Buat Duit Di Internet

Tips Paling Mudah Buat Duit Di Internet

Sambungan daripada post
'Marketing Plan BZEarn'

Dari segi zahir saya memang tak cari orang, saya tak promote pun program BZEarn ni di FB,

Tetapi blog ini telah bekerja untuk saya dan secara tak langsung, blog ini membantu saya mempromosikan program ini.

Seperti anda yang sedang membaca post ini, saya tidak tahu anda dari mana, siapa anda. Tetapi blog ini telah sampaikan info mengenai program ini kepada anda.

Jadi dengan blog ini, kerja saya hanya sekali atau dua kali shaja iaitu menghasilkan post dan seterusnya promosi akan berlaku secara terus apabila ada yang terbaca post ini.

Memang income saya lambat naik sebab saya tak promote secara direct berbanding mereka yang promote program ini secara direct seperti di FB atau membuat iklan.

Jadi kalau anda malas nak promote atau tidak ada masa nak promote macam saya ;P, Buat blog, dan biarkan blog anda bekerja untuk anda. Tetapi kalau anda baru buat blog, rajin-rajinkan sikit promosikan blog anda tu dahulu seperti komen di blog-blog orang lain atau di FB supaya blog anda tersenarai dalam enjin carian Google. Janganlah malas sangat, kerja la sikit kalau nak duit :)

Tips Paling Mudah Untuk Membuat Promosi

Selain daripada blog, anda juga boleh gunakan Youtube dengan menghasilkan video animasi tentang program ini. Jangan lupa letakkan link anda di bahagian Description video. Nanti jadi sia-sia pula usaha anda.

Nak hasilkan video animasi, anda boleh gunakan Powtoon. Percuma sahaja
Selain Youtube, boleh juga gunakan Slideshare.
Mengapa Blog, Youtube dan SlideShare?
3 medium ini adalah orang yang cari kita, bukan kita mencari orang berbanding Facebook. Facebook, kita kena cari orang, kena rajin buat iklan, kena rajin buat status. Jadi jika anda seorang yang rajin, gunalah Facebook :)

Tetapi yang pasti, program ini tetap akan memberikan anda pulangan walaupun tidak membuat sponsoring atau menaja. Lambat atau cepat bergantung kepada usaha masing-masing

--------------------------------------------------

Saya bukan malas sebab tidak fokus pada program ini kerana saya fokus pada program saya yang ini kerana ianya lebih pasif income dan bersifat long term ;)

Tips Mudah Buat Duit Di Internet

Dan sekiranya anda turut mempunyai perniagaan anda sendiri dan menggunakan FB sebagai medium pasaran anda, saya saranakan anda gunakan tool BZEarn ini kerana ianya bukan sahaja memberikan anda income, tetapi membantu biz anda dengan tool Robot Autopost didalam program ini

Tips sebelum join program jana wang online
Carilah program yang high demand atau membantu memudahkan kerja orang lain dan mempunyai produk yang jelas. Bukan program 4D yang anda sendiri tidak tahu produk apa yang disandarkan dan daripada mana duit anda itu terhasil

Good Luck

Nak cari duit sampingan di internet tapi tak tahu bagaimana? Klik sini

YSLM Skim Cepat Kaya

YSLM  Skim Cepat Kaya

Anda pernah dengar YSLM? Ada yang pernah ada yang tak. Akhir-akhir ni agak kecoh pasal YSLM ni kerana dikatakan ianya sebuah skim cepat kaya. Pengasas program ini adalah seorang rakyat warga China, Zhang Jian, 26 tahun.

Jika anda tinggal berdekatan dengan Pulau Pinang dan sering berulang alik dari tanah besar ke bahagian Pulau, anda akan perasan satu sign board besar yang tertera gambar Zhang Jian ni dan bertulis
"Bakal Orang Terkaya Didunia"



Sign Board tersebut dilaporkan akan diturunkan oleh polis dan Majlis Perbandaran Seberang Perai setelah mendapat aduan orang ramai yang berasa curiga dengan papan iklan YSLM tersebut.

Menurut laporan The Star, YSLM yang berpangkalan di China sebelum ini telah dilaporkan haram kerana telah menyebabkan 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Zhang Jian juga dikatakan pernah ditahan polis sebanyak 5 kali sebelum ini kerana dipercayai menjalankan penipuan skim cepat kaya.

Video Pejabat YSLM diserbu KPDNKK

Bermula daripada penurunan sign board YSLM di Pulau Pinang, kini pejabat YSLM diserbu oleh KPDNKK. Apa sebenarnya program YSLM ini? Lihat video


Admin bukan ahli YSLM dan tak tahu pun apa program YSLM ni yang sebenarnya. Ada di antara anda ahli YSLM. Apa komen anda?

Cara Mudah Buat Duit Di Internet

Cara Mudah Buat Duit Di Internet


Ada ke cara mudah buat duit di internet? Kebanyakan program buat duit di internet memerlukan kita mempromosikan link program yang disertai walaupun program yang disertai itu kelihatan seperti tidak perlu membuat sebarang kerja promosi.

Ada program yang berbayar ada program yang percuma sahaja untuk disertai tetapi semua itu tetap memerlukan kita membuat promosi untuk mendapatkan pelanggan atau prospek dan dibahagian promosi inilah ramai yang gagal untuk buat duit di internet.

Mahukah anda jika saya kongsikan kepada anda satu program yang mudah untuk buat duit di internet TANPA PERLU MEMBUAT SEBARANG KERJA PROMOSI

Memperkenalkan SPSHOPS, Sharing Profit Shops dimana dengan program ini anda mampu menjana pendapatan walaupun tanpa menaja atau tanpa perlu membuat apa-apa.
Senang kata Duduk Diam Dapat Duit.

Percaya atau tidak, berbekalkan kehebatan sistem serta pemasaran marketing yang hebat, dengan hanya bermodalkan RM10, anda mempu menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit tanpa perlu melakukan apa-apa kerja atau promosi. Pelan ini sangat sesuai bagi mereka yang tidak suka membuat penajaan dan hanya ingin meletakkan modal sahaja didalam perniagaan ini umpama membuat pelaburan. (Kalau nak cepat dapat duit kena buat kerja la macam saya :)

Walaupun SPSHOPS mempunyai plan 4D atau DUDUK DIAM DAPAT DUIT, ianya bukanlah sebuah program cepat kaya. Kerana didalam plan duduk diam dapat duit SPSHOPS, ianya tidak menjanjikan pulangan dalam tempoh terdekat. Plan ini bergantung kepada plan pemasaran di SPSHOPS yang menggunakan plan matrik iaitu anda akan mendapat komisyen daripada upline atau ahli yang aktif membuat penajaan. Semakin aktif kumpulan tersebut, semakin cepat hasil dijana.

Kerja Pengurusan Email Pn Masnah

Kerja Pengurusan Email Pn Masnah

Testimoni Kerja pengurusan email

Pastinya anda yang berjaya sampai ke blog ini ingin mengetahui berkenaan program 'Kerja Pengurusan Email' yang diperkenalkan oleh Pn Masnah bukan?

Tertarik nak join kerja pengurusan email tersebut tetapi was-was sebab perlu keluarkan modal?

Saya seperti anda pada mulanya, rasa seperti hendak menyertai program pengurusan email tersebut. Tetapi ada satu tanda tanya yang bermain di fikiran saya. Persoalannya adalah?
"Mengapa ramai sangat yang mempromosikan program ini di web web pengiklanan, di Facebook, di blog? Sedangkan jika dilihat pada nama programnya iaitu 'Kerja Pengurusan Email', tentulah hanya bekerja menggunakan email untuk buat duit daripada program ini. Tetapi mengapa terlalu ramai yang mempromosikan link program ini???


Setelah saya google berkenaan program ini, akhirnya saya dapat jawapannya kenapa ramai yang mempromosikan program pengurusan email ini.

Nampak seperti mudah bukan? Hanya perlu mengurus email, iaitu hanya reply email yang masuk ke dalam inbox dan anda akan dapat pendapatan daripadanya. Sangat mudah!

Cara mudah ganda wang simpanan

Tapi tahukah anda untuk mendapatkan email tersebut masuk kedalam inbox anda, anda perlu melakukan sesuatu. Anda nak tahu apa yang perlu dilakukan?
Anda perlu mempromosikan link kerja pengurusan email anda tadi.
Contoh linkhttp://bozzv6.net/pengurusemail6589

Daripada apa yang saya faham, seseorang itu akan mendapat RM30 untuk satu email yang berjaya di urus. 3 email bermaksud RM90. Jika anda baca di mana-mana web pengurusan email tersebut, anda akan perasan ayat seperti dibawah
'Anda dijamin dibayar serta merta untuk setiap email triplet yang anda uruskan'

Apa maksud Triplet. Triplet adalah Tiga. Jadi 3 email atau 1 email triplet yang berjaya diurus anda akan dibayar sebanyak RM90. Maka, jadi lah ayat seperti diatas.

Seseorang pengurus email itu akan mendapat email cookies apabila ada orang yang menyertai program ini melalui link yang dipromosikannya.

Testimoni kerja pengurusan email

Bagaimana 1 email dibayar RM30? Mudah... Pembahagian keuntungan 50-50. Admin pengurus email iaitu Pn Masnah dapat RM30, Pengurus email dapat RM30. Bila ada 3 pendaftaran, maka akan ada 3 email cookies yang masuk kedalam inbox anda. Dan seterusnya anda akan dibayar RM90.

Jika anda faham apa yang sya ceritakan diatas, anda akan faham bagaimana buat duit dengan kerja pengurusan email ini. Jika tak faham saya terangkan dibawah.

Memang kerja anda mudah iaitu hanya forward/reply email cookies. Tetapi untuk mendapatkan 1 email cookies anda perlu membuat promosi atau mengajak orang lain menyertai program ini dan orang tersebut perlu membuat pembayaran didalam program ini.

Disebalik kerja mengurus email. Tugas utama yang perlu dilakukan adalah...
PROMOSI...
PROMOSI..
PROMOSI...

Atau

CARI ORANG...
CARI ORANG...
CARI ORANG...

Sekarang anda nampak?

Saya tak kata program ini salah. Tetapi jika anda ingin menyertai program ini, tetapi anda tak suka cari orang atau tak suka promosi. Jangan join. Sebab tanpa promosi anda tak dapat buat duit dengan program ini.

Secara logik daripada mana Admin Kerja Pengurusan Email ni nak bayar kepada anda RM30 untuk 1 kerja pengurusan email yang sangat mudah. Jawapannya, dia kenalah dapat duit dahulu RM60 daripada pengurus  email yang baru untuk bayar kepada anda RM30 :)

Jika anda seorang yang 'otak bisnes', anda akan nampak dimana kekuatan program ini dan anda akan nampak Pn Masnah seorang yang bijak dimana dia pandai mempengaruhi pemikiran orang lain walaupun program ini tiada produk. Hanya buat duit semata-mata :)


BUAT DUIT DENGAN UBER